awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah, ibu bapa jangan panik, lapor segera jika terima e-mel ancaman bom - Ahmad Dzaffir

Bernama
Bernama
22/11/2023
12:49 MYT
Sekolah, ibu bapa jangan panik, lapor segera jika terima e-mel ancaman bom - Ahmad Dzaffir
Ahmad Dzaffir bekata, pihak sekolah dan ibu bapa perlu segera membuat laporan kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan. - Gambar fail
SEREMBAN: Pihak sekolah dan ibu bapa di negeri ini dinasihatkan untuk bertenang dan tidak panik sekiranya menerima e-mel yang menyatakan terdapat ancaman bom di sekolah, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.
Beliau berkata sebaliknya mereka perlu segera membuat laporan kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan memandang serius terhadap ancaman bom dan tindakan segera akan dilakukan bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat dan ibu bapa tidak perlu risau keselamatan anak-anak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu kerana ia boleh mendatangkan kegusaran dan mengancam ketenteraman awam.
Terdahulu, Ahmad Dzaffir berkata pihaknya menerima tiga laporan mengenai ancaman bom palsu yang menyatakan ia ditanam di tiga sekolah swasta iaitu masing-masing satu di Seremban dan Port Dickson hari ini manakala satu lagi di Rembau semalam.
Beliau berkata susulan itu pasukan unit pemusnah bom Kontinjen Negeri Sembilan ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut sebaik menerima laporan mengenai e-mel berkenaan.
Katanya, polis dengan kerjasama bomba serta pihak sekolah segera mengambil tindakan awal mengosongkan premis dan siasatan awal tidak menemukan sebarang bom yang tertanam di ketiga-tiga sekolah yang dinyatakan dalam e-mel terbabit.
"E-mel tersebut adalah satu berita palsu yang mahu mendatangkan kegusaran kepada pihak sekolah dan ibu bapa. Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) kerana melakukan ancaman atau ugutan jenayah," katanya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini dilaporkan berkata PDRM menerima 37 laporan polis berhubung ancaman bom palsu di sekolah di seluruh negara setakat 2 petang tadi dengan Selangor 15 laporan, Kuala Lumpur (enam), Johor (enam), Pulau Pinang (tiga), Perak (dua), Negeri Sembilan (dua), Kedah (satu), Sarawak (satu) dan Sabah (satu).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah
#ancaman bom
#ibu bapa
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan