awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri

Bernama
Bernama
06/02/2026
04:30 MYT
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Aaron berkata semua perkara berkaitan hal ehwal agama dan urusan tanah adalah tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Bukan Islam bagi menyelaras urusan berkaitan tanah rumah ibadat serta pentadbiran agama selain Islam, selaras dengan bidang kuasa yang terletak di bawah kerajaan negeri.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata semua perkara berkaitan hal ehwal agama dan urusan tanah adalah tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sebagaimana diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan iaitu Senarai Negeri.
"Kerajaan negeri mempunyai kuasa dalam aspek berkaitan pentadbiran agama, urusan tanah, hak milik, pendaftaran serta pengambilan tanah, selari dengan ketetapan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, iaitu Senarai Negeri.
"Setakat ini, kesemua kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelaras perkara tersebut," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dalam hantaran sama, Aaron turut memuat naik beberapa poster berkaitan jawatankuasa khas tersebut di setiap negeri bagi memberi penjelasan kepada orang ramai.
Semalam ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, beliau berkata sebarang perkara melibatkan penggunaan tanah dan pengurusan rumah ibadat perlu ditangani mengikut peruntukan undang-undang negeri serta melalui pendekatan rundingan dan integrasi sosial.
Aaron juga pada masa sama turut menegaskan kerajaan sentiasa menjamin hak kebebasan beragama, namun turut bertanggungjawab menegakkan kedaulatan undang-undang termasuk dalam aspek pengurusan tanah dan perancangan pembangunan yang berada di bawah bidang kuasa pihak berkaitan.
Beliau berkata biarpun isu tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri, Kementerian Perpaduan Negara turut bertindak sebagai pemudah cara bagi memastikan isu agama ditangani secara adil, berhemah dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta prinsip Rukun Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah ibadat bukan Islam
#isu kuil haram
#Aaron Ago Dagang
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan