Pelajar sekolah tahfiz mampu menjadi pelajar yang cemerlang dan boleh bersaing dengan pelajar sekolah harian sekiranya mereka diberi pendidikan dan silibus pembelajaran bersesuaian.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata ia terbukti apabila sebahagian besar pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor 2018 pada Ahad adalah dari Maahad Tahfiz Integrasi Selangor (MITS) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI).
"Ini menunjukkan bahawa sekiranya diberi pendidikan dan silibus pembelajaran yang betul, mereka boleh bawa pendidikan seperti biasa serta mampu bersaing bersama pelajar akademik lain. Sebahagian besar pelajar tahfiz ini adalah mereka yang menghafal 30 juzuk al-Quran dan turut cemerlang dalam peperiksaan SPM.
"Di samping cemerlang dengan 10A dan 11A, saya percaya jika maahad tahfiz boleh gabungkan semua elemen pendidikan fizikal dan akademik, ia mampu menjana kecemerlangan dalam kalangan pelajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor 2018 di Kelab Shah Alam, di sini pada Ahad.
Turut hadir, Pemangku Pengurus Besar Yayasan Selangor, Zahura Zakry.
Amirudin berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM87.64 juta untuk memperkasakan aspek pendidikan dan melaksanakan beberapa program seperti Expo Pendidikan yang akan menghimpunkan hasil penyelidikan institusi pengajian tinggi yang termasuk dalam Gugusan Pendidikan.
Sementara itu, Zahura berkata pencapaian keputusan pelajar yang mendapat tajaan Yayasan Selangor meningkat walaupun berlaku perubahan format peperiksaan setiap tahun.
Katanya bagi pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, Yayasan Selangor berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan yang mana 60.6 peratus pelajar berjaya mencapai keputusan 5A ke atas, meningkat 9.1 peratus daripada tahun 2017.
Pada majlis itu, seramai 215 pelajar menerima anugerah kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Tingakatan 3 (PT3) dan SPM.
Muhammad Irham Shaari dari MITS Kuala Langat menerima Anugerah Pelajar Terbaik SPM Aliran Agama dan Terbaik Keseluruhan manakala Anugerah Guru Penyelaras Terbaik Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor diberikan kepada Nur Khasanah Ulfah Mohamad Anuar dari MITS Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 14 2019
Amirudin (empat, kiri) beramah mesra bersama penerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Muhammad Irham Shaari (empat, kanan) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Negeri Selangor 2018 di Kelab Shah Alam pada Ahad. - Bernama
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.
Selangor rangka peruntukan khas persediaan SUKMA 2026 - Amirudin
Langkah itu bagi menampung keperluan sekiranya jumlah peruntukan RM6 juta melalui Belanjawan Selangor 2025 tidak mencukupi.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Selangor pertimbang naikkan gaji pegawai di pusat khidmat masyarakat - Amirudin
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk meningkatkan gaji kakitangan di pusat khidmat masyarakat (PKM) di seluruh Selangor.
Ramai kanak-kanak GISB diselamatkan di Selangor ada masalah bantut, kemurungan, 'anxiety'
Hasil saringan kesihatan terhadap 266 kanak-kanak yang diselamatkan daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Selangor mendapati 26.8 peratus mempunyai masalah bantut.
Selangor cadang lima peratus dana rizab persekutuan diberi kepada negeri-negeri
Kerajaan negeri Selangor mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan lima peratus daripada dana rizab persekutuan untuk diberikan kepada kesemua negeri.
Selangor dijangka muktamadkan penggunaan Akta 672 selewatnya awal 2025
Kerajaan Selangor menjangka memuktamadkan keputusan mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini atau awal 2025.
Perobohan Stadium Shah Alam capai kemajuan 45.81 peratus setakat 30 Okt
Beliau berkata peratusan itu menunjukkan kemajuan peningkatan kerja tiga hari lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan sejak stadium itu mula dirobohkan pada Julai.