KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan Bahasa Cina dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan.
Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata sekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam dan penggunaan bahasa pengantar yang bukan Melayu untuk pengajaran di sekolah vernakular Cina serta Tamil bukanlah bagi tujuan rasmi, oleh itu, tidak bercanggah dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata ketika ini, terdapat lebih 1,800 sekolah vernakular di seluruh negara dengan kira-kira setengah juta pelajar daripada komposisi kaum yang berbeza secara keseluruhan.
"Oleh itu, penggunaan bahasa terbabit tidak bercanggah dengan perlembagaan dan dilindungi di bawah pengecualian dalam Perkara 152(1) (a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan.
"Tafsiran yang benar dan tepat kesemua proviso ini dalam Perkara 152(1) tidak menghalang penubuhan dan penyelenggaraan sekolah vernakular sebagai sekolah jenis kebangsaan yang turut menggunakan Kurikulum Kebangsaan seperti yang diterima pakai oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Negara," katanya.
Mohd Nazlan membuat keputusan itu selepas menolak saman Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) yang memohon deklarasi bahawa kewujudan sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan di bawah Perkara 152(1) mentakrifkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Beliau juga memutuskan bahawa tidak ada asas untuk menyatakan bahawa penubuhan serta kewujudan sekolah vernakular adalah tidak konsisten atau bercanggah dengan Perkara 5, 8, 10, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.
Hakim itu berkata dalam apa jua keadaan, tidak pernah dibuktikan bagaimana penubuhan dan kewujudan sekolah vernakular telah mencabuli hak asasi mana-mana orang seperti yang dijamin dalam Perkara terbabit di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Kemasukan ke sekolah vernakular adalah satu pilihan. Sukar untuk melihat bagaimana penubuhan dan kewujudan sekolah vernakular Cina dan Tamil melanggar hak asasi mana-mana orang di bawah Perlembagaan," katanya.
Mohd Nazlan juga berkata mahkamah secara amnya akan lebih cenderung kepada keperlembagaan sesuatu statut atas dasar bahawa Parlimen memahami dan menghargai keperluan rakyat.
"Ini juga telah disifatkan sebagai tangguhan kehakiman iaitu mahkamah hendaklah mematuhi keputusan badan perundangan yang dipilih secara demoraktik. Ia juga adalah aspek penting kepada doktrin pengasingan kuasa," katanya.
Hakim itu juga berkata ini adalah sebab mengapa penghakimannya lebih memfokus kepada tafsiran Perkara 152(1) dan tidak mendalami isu peranan bahasa kebangsaan dalam mempromosi identiti serta perpaduan nasional, atau perjalanan berterusan pembinaan bangsa.
Beliau berkata persoalan kritikal mengenai standard pembelajaran dan pengajaran di semua sekolah, sama ada sistem pendidikan negara benar-benar inklusif, dan sama ada kemajuan serta kecemerlangan akademik diutamakan berbanding perkara lain adalah isu yang sebaiknya ditangani oleh Eksekutif dan Badan Perundangan.
Dalam saman yang difailkan pada Disember 2019, ketiga-tiga plaintif telah menamakan kerajaan dan 13 lagi sebagai defendan.
Antaranya ialah Dong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia, Persatuan Tamilar Thurunal (Perak) serta empat parti politik iaitu MIC, MCA, Gerakan dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021

Hakim Mohd Nazlan berkata, penggunaan bahasa selain Bahasa Malaysia di sekolah tidak bertentangan dengan perlembagaan. - Gambar hiasan

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Keputusan kes saman RM100 juta keluarga Altantuya pada 30 Ogos
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Ogos untuk keputusan kes saman RM100 juta yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berhubung kematian wanita itu pada 2006.

Tiada arahan pegawai atasan untuk Sirul Azhar keluarkan senjata api - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan supaya bekas anggota polis Sirul Azhar Umar mengeluarkan senjata api dari tempat simpanan di Bukit Aman pada 2006.

'Altantuya buat laporan polis, minta cari Razak Baginda jika apa-apa berlaku kepadanya' - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu Altantuya pernah membuat laporan polis menyatakan 'sekiranya apa-apa berlaku kepadanya, cari Razak Baginda', hari yang sama wanita itu hilang hampir 16 tahun lepas.

Dr Mahathir dakwa Zahid Hamidi risau kes jenayah dihadapinya di mahkamah
Dr Mahathir berkata, adalah logik untuk diperkata Ahmad Zahid mempunyai perancangan untuk cuba membersihkan semula nama baiknya yang telah lama tercemar kerana kes jenayah berkenaan.

Mahkamah tolak permohonan ibu Jamaluddin Jarjis kemuka keterangan lanjut dalam rayuan
Ibu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Mohd Jarjis gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengemukakan keterangan lanjut dalam rayuannya berhubung saman sivil untuk memasukkan saham s

Status bangsa: Dr Mahathir mahu Zahid mohon maaf, ancam hendak saman
Dalam satu kenyataan, Dr Mahathir memberitahu beliau mahu menyaman Ahmad Zahid kerana mempertikaikan status kaumnya sebagai orang Melayu.

Padah cermin kereta gelap tanpa kelulusan, nombor plat tidak ikut spesifikasi, JPJ Pahang keluar 64 saman
Sebanyak 28 saman kesalahan pemasangan cermin gelap tanpa kelulusan, 36 lagi penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi

Anggota polis guna telefon bimbit ketika memandu disaman
Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 9 pagi dan anggota polis yang terlibat telah dipanggil untuk siasatan dan saman dikeluarkan.

'Beri kami cucu atau bayar ganti rugi AS$650,000'... Ibu bapa heret anak, menantu ke mahkamah
Pasangan itu mendakwa sudah menghabiskan banyak wang simpanan mereka sewaktu melangsungkan perkahwinan anak lelaki mereka.

Pendengaran permohonan rayuan Deepak ditetapkan pada 27 Mei
Dalam saman itu mereka mendakwa defendan telah melakukan tort konspirasi, penipuan, penyalahgunaan proses dan/atau perlakuan yang tidak mengikut undang-undang, dan menuntut ganti rugi am.