KUALA LUMPUR: Semua sektor ekonomi termasuk sektor perkilangan beroperasi di enam daerah di Selangor yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan beroperasi seperti biasa kecuali aktiviti disenaraikan sebagai 'negative list' Prosedur Operasi Standard (SOP) Am PKP 3.0.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata SOP Am PKP 3.0 adalah berdasarkan SOP yang sedia ada kecuali 'dine-in' (makan di restoran), ia tidak dibenarkan.
"Syarikat perlu mematuhi SOP tersebut dan tertakluk kepada tatacara bekerja dari rumah sedia ada iaitu hanya 30 peratus kakitangan pengurusan boleh hadir ke pejabat seperti biasa tanpa sekatan waktu bekerja manakala kehadiran pekerja operasi atau sokongan ditentukan oleh majikan mengikut budi bicara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
SOP tersebut boleh diakses di laman web Majlis Keselamatan Negara di www.mkn.gov.my.
Justeru itu, MITI menyeru agar pihak industri terus bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan kejayaan mengawal penularan wabak COVID-19.
"Aktiviti penguatkuasaan akan dipertingkatkan oleh agensi penguatkuasa berdasarkan penilaian Sistem Amaran Awal 'Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE)' yang mampu mengesan lokasi berisiko tinggi yang menjadi punca kepada penularan wabak COVID-19," katanya.
Menurut MITI, langkah itu lebih bersasar dan efektif berbanding langkah penutupan secara keseluruhan.
"Mana-mana syarikat yang didapati tidak mematuhi SOP akan dikenakan tindakan perundangan termasuk penutupan operasi syarikat untuk tempoh tertentu," katanya.
Selain itu, MITI juga menyaran agar semua agensi kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan mengambil langkah proaktif dan bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan persekutuan bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk keselamatan bersama.
Bernama
Wed May 05 2021
Aktiviti 'dine-in'atau makan di restoran tidak dibenarkan. - Gambar hiasan
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Belum ada cadangan untuk Malaysia sertai New Development Bank setakat ini - MITI
Sekiranya terdapat keperluan menyertai NDB, Malaysia perlu bersedia untuk menyumbang kepada institusi kewangan itu.
MITI sedia kukuhkan rantaian bekalan global melalui ekonomi ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia sedang berusaha untuk menyelaraskan dirinya dengan visi rantau itu yang lebih besar dalam menarik pelaburan yang tepat ke Asia Tenggara.
Kerajaan optimis sasaran pelaburan SSN akan tercapai - MITI
Pada 2023, sektor semikonduktor menyumbang 82 peratus daripada RM84.5 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan bagi projek E&E.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Kerajaan beri insentif bagi pembangunan infrastruktur pengecas EV - MITI
Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.
MITI umum laporan mengenai impak kapasiti berlebihan produk China tidak lama lagi - Liew
MITI akan mengumumkan hasil laporan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi.
Malaysia dan Peru kukuhkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor halal
Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal.
Pendekatan MITI di APEC pastikan yang berdaya tahan - Tengku Zafrul
Pendekatan strategik MITI di AELW APEC ke-31 2024 termasuk untuk memastikan ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif.