awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor pelancongan anggar rugi RM105 juta, sektor perniagaan tidak terjejas

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2014
02:15 MYT
Sektor pelancongan anggar rugi RM105 juta, sektor perniagaan tidak terjejas
Susulan pembatalan tempahan oleh pelancong China, anggaran kehilangan potensi hasil dari sektor pelancongan dianggarkan bernilai RM105 juta.
Ini berikutan bilangan kemasukan pelancong China merudum sejak 8 Mac lalu.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, tidak menolak situasi berkenaan menyebabkan kementerian mengubah sasaran kemasukan 28. 8 juta pelancong.
Malah Nazri mengakui perkara tersebut bukan lagi keutamaan ketika ini.
Namun beliau yakin kemasukan pelancong ketiga terbesar itu akan pulih.
Sementara itu, wakil Persatuan Hotel Malaysia berkata pembatalan tempahan pelancong China itu amat memberi kesan.
Ia dijangka berterusan untuk beberapa bulan.
Namun begitu, sektor perniagaan tidak terjejas akibat insiden MH370.
Keyakinan ahli perniagaan China terhadap Malaysia kekal kukuh dan mereka mahu hubungan dagangan dipereratkan lagi.
Akibat tragedi MH370 ramai yang menjangkakan dagangan dua hala Malaysia-China bakal memberi kesan.
Namun rekod yang diperoleh MATRADE adalah sebaliknya.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dzulkifli Mahmud memberitahu Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2014 menjadi bukti komitmen kumpulan berkenaan.
Katanya dalam tempoh dua hari sahaja MIHAS berjaya menarik 195 pembeli China dalam sesi padanan perniagaan yang diadakan.
Dzulkifli sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) dengan Persatuan Peniaga Islam Wilayah Shaanxi China (IASP).
Perjanjian ini membolehkan DPMMKL dan IASP bekerjasama mengembangkan industri halal di China.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#MAS
#MH370
#reaksi orang ramai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan