KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberitahu sektor peladangan di negara kekurangan hampir 40,000 pekerja ketika ini.

Menurut beliau, ini disebabkan masalah pekerja asing yang dibawa masuk ke negara didaftarkan atas industri pembuatan dan perkhidmatan.

"Sehinggakan statistik yang kita dapat bahawa dia terlebih, 165,000 perkilangan, perkhidmatan 27,000.

“Mereka ini sepatutnya kalau kita boleh mobilized mereka masuk ke dalam ladang, it will be good untuk membantu kekurangan pekerja ladang.

"Tapi masalahnya, mereka dibawa masuk atas tiket manifacturing dan services sector. Maka mereka tidak bekerja di ladang sebab waktu dibawa masuk itu they based on manifacturing. Itu (masalah) yang kita berdepan hari ini," kata beliau di Dewan Rakyat, hari ini.

Sektor perladangan kelapa sawit kekurangan hampir 40,000 pekerja - Johari Ghani

Sehubungan itu, beliau menegaskan, negara kehilangan nilai eksport kelapa sawit sekitar RM7.9 bilion setahun disebabkan masalah kekurangan pekerja ladang.

Beliau juga difahamkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menghentikan kuota membawa pekerja asing ketika ini dan pihaknya cuba meyakinkan sebahagian daripada mereka untuk menyertai sektor peladangan.