MALAYSIA
Selagi rakyat perlukan saya, saya akan terus berkhidmat - Dr Mahathir

"Sudah tentu, saya tidak tahu berapa lama saya sendiri akan bertahan," kata perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto REUTERS / Issei Kato
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk terus berkhidmat jika itu adalah kehendak rakyat dan selagi mereka memerlukan beliau.
"Sudah tentu, saya tidak tahu berapa lama saya sendiri akan bertahan," katanya sewaktu berucap pada Persidangan Nikkei di sini pada Isnin.
Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau sudah menjadi perdana menteri tertua di dunia sambil menambah bahawa dalam tempoh dua tahun beliau akan berusia 95 tahun.
"Ia akan menjadi satu rekod jika saya mencapai usia 95 tahun dan masih menjadi perdana menteri," katanya.
"Jika itulah apa yang rakyat mahu saya lakukan, saya akan mengikut kehendak mereka," tambahnya lagi.
Beliau adalah perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003.
Beliau kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami