awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selain tumpu COVID-19, fokus semula kepada pesakit kanser, jantung - Dr Tho Lye Mun

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
04/02/2022
09:19 MYT
Selain tumpu COVID-19, fokus semula kepada pesakit kanser, jantung - Dr Tho Lye Mun
Malaysia perlu memberi fokus semula kepada penyakit-penyakit utama dalam negara seperti Kanser dan jantung selain tumpuan kepada COVID-19 pada ketika ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Malaysia perlu memberi fokus semula kepada penyakit-penyakit utama dalam negara seperti kanser dan jantung selain tumpuan kepada COVID-19 pada ketika ini.
Naib Presiden Lung Cancer Network Malaysia dan Ahli Onkologi Klinikal, Dr Tho Lye Mun berkata, langkah itu boleh dilakukan melalui gerakan kempen kesihatan dengan kerjasama kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Sekarang kita dilanda COVID-19, jadi kita boleh bergerak ke hadapan dengan keluar and mencari rakyat yang kalau ada sesak nafas, masalah darah, mereka boleh dinasihat supaya jumpa doktor sekarang juga," katanya dalam wawancara bersama Astro AWANI sempena sambutan Hari Kanser Sedunia pada Jumaat.
Hari Kanser Sedunia | Apa penyelesaian penyakit kanser?
Saranan Lye Mun itu, bertitik tolak pada kebimbangannya terhadap pesakit kanser yang merupakan antara paling mudah dijangkiti COVID-19.
Katanya, semua pihak harus menyedari bahawa pesakit kanser mengalami sistem imun yang rendah, yang sekali gus mendesak keperluan meneliti prosedur operasi standard (SOP).
Dalam pada itu, kata beliau, tema sambutan Hari Kanser Sedunia pada tahun ini iaitu Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser selaras dengan tiga permasalahan yang timbul ketika pandemik COVID-19.
"Pertama, jurang B40 dengan pesakit lebih berupaya adalah besar dalam masa COVID-19 ini. Antaranya ialah jarak perjalanan iaitu apabila berlaku lockdown (perintah kawalan pergerakan), mereka yang berada di pedalaman dan jauh dari hospital sukar untuk mendapat rawatan.
"Masalah kedua ialah kos yang tinggi kerana COVID menyebabkan ekonomi kita jatuh dan golongan B40 paling terkesan," tambahnya lagi.
Selain itu, beliau turut melihat keperluan mengubah sumber penjagaan kesihatan negara bagi memerangi COVID-19 dan dalam masa sama merawat kanser dan penyakit lain.
Topic Berkaitan
#hari kanser sedunia
#COVID-19
#Dr Tho Lye Mun
#Lung Cancer Network Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan