GADGETS
Selamat tinggal DALL-E, ChatGPT kini jana dan sunting imej dengan GPT-4o

GPT-4o menghasilkan imej yang lebih tepat dan jelas, serta memahami teks dengan lebih mendalam. -Gambar fail/Amanz
DALL-E dilancarkan 4 tahun lalu oleh OpenAI sebagai model bahasa raya kecerdasan buatan yang boleh menjana imej.
Ringkasan AI
- Model GPT-4o kini digunakan untuk penjanaan imej dalam ChatGPT, menggantikan DALL-E 3.
- GPT-4o menghasilkan imej yang lebih tepat dan jelas, serta memahami teks dengan lebih mendalam.
- Model ini membenarkan penyuntingan imej dan terhad kepada pelanggan ChatGPT Pro, Plus, dan Teams.
Penjanaan imej dalam ChatGPT kini menggunakan model GPT-4o. GPT-4o sudah menjadi multi-model dengan pelbagai kemas kini.
Perkara paling menarik adalah model ini memahami teks dengan mendalam jadi setiap janaan bukan lagi ayat atau perkataan mengarut.
Model ini turut membenarkan pengguna menyunting imej. Masukkan satu gambar sumber, kemudian masukkan logo dan boleh beri arahan untuk menjana imej pengolokan baharu mirip imej sumber.
Model ini terhad kepada pelanggan ChatGPT Pro, Plus, dan Teams dengan akses kepada pengguna percuma ditunda pada tarikh yang akan datang. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami