awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selamatkan banteng, giatkan usaha elak kepupusan spesies istimewa

Eton Khir
Eton Khir
03/03/2022
04:28 MYT
Selamatkan banteng, giatkan usaha elak kepupusan spesies istimewa
Banteng Borneo adalah antara mamalia besar terancam di Sabah. - WWF Malaysia
KUALA LUMPUR: Pemuliharaan banteng Borneo harus dipertingkatkan bagi usaha menyelamatkan spesies lembu liar tersebut dari diancam kepupusan akibat aktiviti pemburuan haram, kehilangan habitat, pembangunan infrastruktur dan pemecahan hutan.
WWF Malaysia berkata, dianggarkan terdapat 326 ekor banteng di Sabah akan pupus jika tiada sebarang usaha dilakukan bagi menangani ancaman-ancaman itu.
Ia menambah bahawa meskipun banteng adalah antara spesies ikonik Sabah yang terancam, ia kurang mendapat perhatian berbanding orang utan, harimau dahan Sunda, tenggiling Sunda dan gajah Pygmy Borneo untuk pemuliharaan.
"Banteng dilupakan dan kebanyakannya dibiarkan sendiri dalam menghadapi pelbagai ancaman terhadap kelangsungan hidupnya. Ini adalah nasib banteng Borneo yang hampir di ambang kepupusan namun tiada siapa yang bercakap mengenainya," kata WWF dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Badan pemuliharaan tersebut menyatakan bahawa tiada rekod tentang jumlah sebenar banteng yang masih ada, ekoran sedikit sahaja tinjauan menyeluruh yang dilaksanakan.
"Apa yang penting, jika langkah pemuliharaan tidak dipertingkatkan, besar kemungkinan banteng - spesies mamalia besar Pleistocene yang paling kritikal terancam di dunia, menjadi spesies seterusnya yang akan pupus," kata kenyataan itu.
BACA: Hari Hidupan Liar Sedunia: Meraikan spesies ikonik Borneo
WWF menambah, usaha sedang dijalankan untuk membawa balik banteng melalui Pelan Tindakan Banteng Borneo 2019-2028 yang sedang dijalankan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, WWF-Malaysia, bersama Bringing Back Our Rare Animals (BORA).
Mereka telah memikul tugas membangunkan dan menyelenggara padang rumput secara aktif dalam Rizab Hidupan Liar Tabin, di mana populasi banteng Borneo terbesar yang diketahui di Sabah boleh ditemui.
Bagaimanapun, populasi itu hanya mempunyai 52 ekor, kata WWF.
WWF menggesa orang ramai melaporkan pemburuan haram dan penjualan daging hidupan liar kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah, selain tidak mengambil dagingnya, dalam usaha menyelamatkan lembu liar itu.
Banteng Borneo diklasifikasikan sebagai "Terancam" di bawah Senarai Merah IUCN. Banteng itu juga disenaraikan di bawah Jadual 1 dalam Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997 memberikannya perlindungan penuh.
"Tema Hari Hidupan Liar Sedunia tahun ini ialah 'Pemulihan Spesies Utama untuk Pemuliharaan Ekosistem', tema yang sesuai untuk banteng Borneo," kata WWF.
"Sempena Hari Hidupan Liar Sedunia ini, marilah kita memberikan perhatian terhadap banteng Borneo seketika dan meraikan spesies yang sukar difahami ini," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Sabah
#Banteng Borneo
#WWF Malaysia
#haiwan liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan