awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selamba curi tabung masjid, anak yatim

Sinar Harian
Sinar Harian
20/11/2018
02:36 MYT
Selamba curi tabung masjid, anak yatim
Kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira jam 4.50 pagi berdasarkan rakaman CCTV.
Dua lelaki diburu polis selepas terlibat dengan kejadian mencuri mesin daftar tunai dan beberapa tabung masjid dan anak yatim di kaunter kedai di medan selera Singgah Sat di sini, Ahad lalu.
Penyelia premis berkenaan yang mahu dikenali Ridzuan berkata, kejadian itu disedari pekerjanya yang masuk bekerja jam 9.40 pagi hari kejadian selepas melihat kawasan kaunter berselerak dan mendapati wang RM600 dan tabung derma hilang.
Menurutnya, kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira jam 4.50 pagi berdasarkan rakaman CCTV.
"Semakan dibuat mendapati dua lelaki berkenaan dilihat datang dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda sebelum memeriksa kawasan sekeliling medan selera dan berhenti di kawasan tepi premis.
"Seorang lagi lelaki menunggu di atas motosikal sambil menghalakan lampu motosikalnya ke arah kaunter bagi memudahkan rakannya memecah kaunter di situ," katanya.
Ridzuan berkata, suspek menggunakan pengumpil bagi membuka laci kaunter sebelum melarikan wang tunai RM600, tabung derma anak yatim, tabung membesarkan masjid dan laci mesin daftar tunai yang berada di kaunter berkenaan.
Katanya, suspek juga kemudian dilihat memanggil rakannya untuk membantu mengangkat tabung.
"Ini kejadian kedua yang berlaku di medan selera ini dan sebelum ini, beberapa peralatan seperti ketuhar gelombang mikro, beras dan beberapa peralatan lain dicuri dua lelaki menaiki kereta," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, polis telah mengambil rakaman CCTV berkenaan dan sedang mengenalpasti identiti kedua-dua suspek yang terlibat.
Topic Berkaitan
#CCTV
#curi
#hilang
#polis
#Seberang Perai
#suspek
#tabung masjid
#wang tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan