BEIJING: Dalam lipatan sejarah, Tembok Besar China yang kukuh pernah ditembusi Genghis Khan, dan hari ini, dua pekerja pembinaan bernama Zheng dan Wang juga mahu berbuat demikian.
Agensi berita AP melaporkan, pihak berkuasa China telah menahan dua individu kerana memecahkan struktur Tapak Warisan UNESCO berkenaan, hanya untuk membuat laluan pintas.
Kawasan yang diceroboh untuk jalan pintas itu adalah di satu bahagian terpencil dengan struktur temboknya sudah mengalami kesan runtuhan. Ia jauh dari bahagian yang dipulihara dengan baik untuk dikagumi pelancong domestik dan asing.
Laporan media tempatan mendedahkan sebuah laluan tanah yang telah diratakan merentangi struktur tembok itu di sebuah kawasan perkampungan di mukim Youyu, ratusan kilometer di barat Beijing.
Pihak berkuasa mengenal pasti suspek sebagai Zheng iaitu seorang lelaki 38 tahun, dan wanita bernama Wang, 55 tahun. Mereka memberi alasan mahu menggunakan jalan pintas itu untuk memudahkan kerja-kerja pembinaan yang mereka jalankan di pekan-pekan berdekatan.
Kerajaan China sangat berbangga dan megah terhadap sistem tembok besar sepanjang 8,850 kilometer itu yang sebahagian besarnya dibina semasa zaman Dinasti Ming.
Ia menjadi lambang kuasa, sehinggalah pada tahun 1644, apabila puak Manchu dari utara akhirnya menumbangkan barisan pertahanan dan mengambil alih empayar sebagai Dinasti Qing.
Zaman dinasti yang berakhir menyaksikan tembok besar berkenaan diabaikan dan struktur batunya diambil oleh penduduk kampung setempat. Ia kembali dipulihara apabila kerajaan Komunis membangunkannya semula sebagai simbol patriotisme dan pertahanan daripada tekanan kuasa asing.
Kerajaan tempatan di mukim Youyu berkata, tangkapan ke atas dua individu itu dibuat selepas menerima aduan pada 24 Ogos lalu. Dua suspek itu kini dalam tahanan sementara menunggu tindakan undang-undang.
Agensi
Wed Sep 06 2023
Inilah laluan tanah yang telah diratakan dua individu itu merentangi struktur tembok bersejatrah berkenaan di sebuah kawasan perkampungan terpencil di mukim Youyu. - AP
Arkib Negara anjur Konvensyen Bahasa Kolokial peringkat kebangsaan pada Oktober 2024
Konvensyen himpunkan pengkaji, sasterawan, pengamal budaya dan orang awam bagi membincangkan peranan bahasa kolokial dalam membina identiti budaya.
Kekal positif, kanser bukan penamat hidup
Mana-mana wanita didiagnosis menghidap kanser payudara iaitu penyakit yang menjadi musuh nombor satu wanita, pasti tidak mudah menerima hakikat itu.
Lima negara baharu anggota Majlis Keselamatan PBB
UNGA memilih Denmark, Greece, Pakistan, Panama, dan Somalia untuk menganggotai Majlis Keselamatan PBB selama dua tahun mulai 1 Januari 2025.
Daftar haji walaupun giliran masih jauh
Kadangkala kuota tambahan disediakan buat jemaah dan sekiranya ada rezeki, mereka yang giliran berpuluh tahun lagi mungkin boleh terpilih dan menjadi tetamu Allah di Mekah.
Tiga terbunuh dan 13 cedera dalam serbuan dilakukan zionis
Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 13 cedera dalam sebuah serbuan dilakukan rejim Zionis di bandar Jenin, Tebing Barat pada Khamis.
Tentera Rejim Israel dalam satu kenyataan mendakwa, pada ketika kejadian mereka kononnya sedang berbalas tembakan dengan pasukan pejuang Islam semasa operasi di Jenin.
Tentera Rejim Israel dalam satu kenyataan mendakwa, pada ketika kejadian mereka kononnya sedang berbalas tembakan dengan pasukan pejuang Islam semasa operasi di Jenin.
AS mahu Israel bersifat telus dalam memberi sebab serangan
Amerika Syarikat mahu Israel bersifat jujur dan telus dalam memberi keterangan berkaitan serangan udaranya ke atas sebuah sekolah di Gaza pada Khamis.
Rayuan haji perlu dilakukan setiap tahun, bukan hanya sekali
Umat Islam di Malaysia juga perlu faham, meskipun unjuran haji untuk mereka mungkin pada tahun 2150, namun mereka tetap perlu mendaftar nama sebagai bakal jemaah haji.
PBB mengecam serangan udara Israel ke atas sekolah PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk serangan Israel ke atas sebuah sekolah PBB di Gaza yang menyebabkan puluhan maut.
Penaja persatuan, acara sukan wajar diberi potongan cukai - TPM Ahmad Zahid
Syarikat yang menaja persatuan serta acara sukan wajar diberi pemotongan cukai atas sumbangan mereka kepada pembangunan sukan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Serangan sekolah di Gaza 'sasar' pasukan pejuang Islam
Rejim zionis sekali lagi berdalih dengan mengatakan serangan dilakukan di sebuah sekolah di Gaza pada Khamis dilakukan setelah risikan menunjukkan bahawa tiada wanita dan kanak-kanak di dalam bilik darjah.
Menurut jurucakap tentera Israel Laksamana Muda Daniel Hagari, serangan itu sebenarnya menyasarkan pasukan pejuang yang dianggap militan, yang beroperasi dari dalam sebuah sekolah unrwa di kawasan kejiranan Nuseirat, Gaza.
Menurut jurucakap tentera Israel Laksamana Muda Daniel Hagari, serangan itu sebenarnya menyasarkan pasukan pejuang yang dianggap militan, yang beroperasi dari dalam sebuah sekolah unrwa di kawasan kejiranan Nuseirat, Gaza.
Tembok Besar China dipulihara dengan alatan mudah, batu-bata lama
Pemuliharaan Tembok Besar China dengan hanya menggunakan alatan asas dan batu-bata lama, bermula pada tahun 2005 dan kini dalam fasa ketiga.