SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengadakan simulasi persediaan menghadapi risiko banjir di negeri itu dengan penumpuan kepada penambahbaikan operasi mencari dan menyelamat.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, simulasi pada bulan hadapan itu juga akan melibatkan proses pembukaan bilik gerakan dan bilik bantuan.
"Ketika kejadian banjir lepas, operasi mencari dan menyelamat kita sedikit lewat tapi proses lain sangat baik.
"Jadi sekarang kita belajar daripada pengalaman itu untuk ditambah baik, jika berlaku banjir bagaimana mencari dan menyelamat dilakukan, bagaimana amaran dilaungkan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah rumah mampu milik, Rumah Idaman Bukit Jelutong, di sini, hari ini.
Mengenai prospek ekonomi global yang dijangka suram pada tahun hadapan, Amirudin berkata, kerajaan negeri sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan itu.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan bersedia dengan merangka langkah yang boleh diambil kerajaan negeri serta mencadangkan penyelesaian tambahan.
"Kita tidak mahu seperti ketika pandemik berlaku... kali ini kita telah lihat seperti ada peningkatan inflasi yang tidak terkawal di samping kegiatan ekonomi yang belum rancak untuk menampung inflasi tersebut.
"Ini mungkin disebabkan wang helikopter atau mencetak wang ketika COVID-19, jadi kita cuba untuk melihat kemungkinan-kemungkinan langkah yang dibuat kerajaan negeri apabila masanya tiba atau sebelum masanya tiba (kelembapan ekonomi)," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 26 2022
Kerajaan Selangor akan mengadakan simulasi persediaan menghadapi risiko banjir di negeri itu dengan penumpuan kepada penambahbaikan operasi mencari dan menyelamat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. - Gambar BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Cukai taksiran Selangor naik 25 peratus mulai Januari 2025
Kerajaan Selangor bersetuju untuk menaikkan kadar cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak 25 peratus berbanding kenaikan asal melebihi 100 peratus, berkuat kuasa 1 Jan tahun hadapan.
Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Selangor dijangka muktamadkan penggunaan Akta 672 selewatnya awal 2025
Kerajaan Selangor menjangka memuktamadkan keputusan mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini atau awal 2025.
Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jakim dan JAIS kini dalam fasa memulihkan ahli-ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu.
Belanjawan 2025: Selangor teruskan dasar pengurangan duti hiburan
Amirudin berkata dasar mengecualikan duti hiburan secara penuh bagi artis tempatan akan diteruskan pada tahun depan.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Penyokong mahu Selangor jelaskan sebab Nidzam letak jawatan
Penyokong menggesa Selangor FC mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan sebab pengendali pasukan itu, Nidzam Jamil meletakkan jawatan secara mengejut.
Kutipan hasil Selangor tahun ini melebihi sasaran - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM2.218 bilion setakat bulan ini, melebihi sasaran awal ditetapkan pada RM2.2 bilion.
Monsun Timur Laut: Aktiviti hutan simpan, taman eko Selangor ditutup sementara
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengumumkan penutupan sementara semua aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba di bawah seliaannya bermula 15 November ini.
SDEC 2024 buka tirai, pacu perbincangan tentang AI, inovasi semikonduktor & pendigitalan PKS
Tiga hari SDEC 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) membawa tema Building a Smarter Malaysia: Unleashing AI & Semiconductor.