awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor Aero Park pacu Malaysia jadi hab kargo udara ASEAN - Loke

Khalis Khadir
Khalis Khadir
05/06/2025
11:03 MYT
Selangor Aero Park pacu Malaysia jadi hab kargo udara ASEAN - Loke
Anthony Loke hadir merasmikan majlis pecah tanah bagi projek Selangor Aero Park di Sepang pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SEPANG: Pembangunan Selangor Aero Park (SAP) bakal memperkukuh Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai peneraju hab kargo udara di rantau ASEAN.

Ringkasan AI
  • KLIA sebagai aeropolis bersepadu: SAP akan melengkapkan pelan pembangunan hab kargo udara KLIA, menjadikannya pusat penerbangan dan logistik serantau yang strategik.
  • Ekosistem aeroangkasa yang lengkap: SAP dirancang sebagai zon industri khusus yang menyasarkan syarikat dalam bidang pembuatan komponen pesawat, avionik, teknologi pendorong, elektronik bernilai tinggi, serta kemudahan logistik dan rantaian bekalan canggih.
  • Sasaran ekonomi dan pekerjaan: SAP merupakan komponen penting dalam Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030, dengan sasaran pendapatan tahunan RM55.2 bilion serta penciptaan lebih 32,000 pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang 2030.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pembangunan industri baharu itu memperkukuh kedudukan KLIA sebagai aeropolis bersepadu yang memacu pertumbuhan sektor aeroangkasa negara.
"Taman ini akan melengkapkan pelan pembangunan hab kargo udara KLIA yang kini sedang giat dibangunkan. Kita sokong usaha sama antara Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dalam membangunkan SAP,” katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah SAP, di sini, pada Khamis.
Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han.
Beliau menambah, KLIA mempunyai keluasan dan infrastruktur yang mencukupi dengan tanah seluas 100 kilometer persegi, menjadikan ia salah satu kawasan lapangan terbang terbesar di rantau ini.
“Tiada lapangan terbang lain di ASEAN yang ada potensi saiz seperti KLIA. Kita juga sedang memperluas zon kargo dan pergudangan sedia ada untuk menyokong pertumbuhan sektor ini.
"Malaysia telah jalin persefahaman strategik dengan China untuk menjadikan KLIA sebagai pusat penghantaran kargo udara ke rantau ASEAN,” ujarnya.
Sementara itu, Amirudin berkata, pembangunan SAP meletakkan Selangor sebagai hab aeroangkasa terulung serantau, memanfaatkan lokasi strategik dan kekuatan industri tempatan.
"Taman ini dirancang untuk menjadi ekosistem lengkap bagi aktiviti aeroangkasa termasuk pembuatan komponen, avionik, teknologi pendorong, elektronik bernilai tinggi serta kemudahan logistik dan rantaian bekalan canggih," katanya.
SAP merupakan komponen penting dalam Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 yang mensasarkan pendapatan tahunan RM55.2 bilion serta membuka lebih 32,000 pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang 2030.
Terletak di kawasan seluas kira-kira 600 ekar dalam KLIA Aeropolis, SAP mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) berpotensi sebanyak RM2.3 bilion.
Topic Berkaitan
#Selangor Aero Park
#Anthony Loke
#Amirudin Shari
#KLIA
#ASEAN
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan