Dua buah pusat tahfiz dikesan enggan membuat pendaftaran di bawah Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (Pitas) telah dikenakan tindakan oleh kerajaan negeri, kata Menteri Besarnya Amirudin Shari.
Kerana kedegilan itu, Amirudin menegaskan salah satu daripada pusat tahfiz tersebut telah diarahkan supaya tutup manakala sebuah lagi diarahkan agar mematuhi syarat dan prosedur tertentu yang ditetapkan sebelum dibenarkan beroperasi.
Beliau berkata, buat masa ini, Selangor mempunyai hampir 300 pusat tahfiz swasta yang beroperasi dan sehingga kini 90 peratus daripadanya telah melakukan pendaftaran.
"Kita dah lancarkan operasi untuk pusat-pusat tahfiz ini mendaftar sejak 2017 lagi dan setakat ini, kita dapat laporan hanya dua tahfiz yang tidak mahu bekerjasama (untuk mendaftar) di mana satu telah diarahkan tutup dan satu lagi masih menunggu proses tertentu untuk didaftarkan.
"Pemilik pusat tahfiz perlu mengemaskini pelan pembangunan selain mematuhi prosedur keselamatan ditetapkan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Hari Perancang Bandar Sedunia (HPBS) peringkat kebangsaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Ahad.
BACA: Kematian Mohammad Aimin: Cemburu dipercayai punca pergaduhan
BACA: Tiga remaja direman sehingga Khamis
Amirudin diminta mengulas jumlah pusat tahfiz di Selangor yang masih belum mendaftar bersama kerajaan negeri sehingga kini.
Beliau juga menjelaskan, kerajaan negeri juga akan mula melihat kandungan mata pelajaran pengajian di maahad tahfiz seluruh Selangor untuk memastikan ia seimbang dengan sekolah-sekolah lain.
"Mereka harus diberi pendedahan aspek lain dalam kehidupan dan salah satu inisiatif awal adalah menerusi pelaksanaan fast track SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang mula dibuat beberapa tahun lalu.
"Kita laksanakan program ini melalui Bahagian Pendidikan Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) dan pelajar yang tamat pengajian tahfiz boleh ambil SPM menerusi program fast track ini yang dilaksanakan hasil kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Selangor.
"Malah kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM1.0 juta untuk pelaksanaan program ini," katanya.
Irwan Muhammad Zain
Sun Nov 10 2019
Amirudin berkata, buat masa ini, Selangor mempunyai hampir 300 pusat tahfiz swasta yang beroperasi dan sehingga kini 90 peratus daripadanya telah melakukan pendaftaran. - Gambar fail
Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan kawalan pengurusan kewangan - PM
Ketegasan dalam menguruskan kewangan juga mampu untuk memberikan lebih banyak manfaat serta barakah selepas ini kepada kumpulan terbabit.
Trio pecut wanita dalam senarai menunggu ke Paris 2024
Trio pecut wanita negara berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada pada kedudukan pertama senarai menunggu untuk mengambil bahagian di temasya itu.
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
SUKMA XXI bakal bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak - Abdul Karim
Pemain industri perhotelan, inap desa dan pengusaha makanan serta pengangkutan di Sarawak bakal menerima limpahan ekonomi daripada penganjuran temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.
Minggu Latihan Kebangsaan pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat - HRD Corp
HRD Corp bakal menganjurkan NTW pada Jun ini, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
Amirudin tidak tahu pembatalan tempahan dewan program Himpunan Anak Kedah
Amirudin berkata beliau tidak mengetahui atau terlibat dengan apa jua keputusan berkaitan pembatalan tempahan dewan untuk Majlis Himpunan Anak Kedah.
KHSB tawar 2,340 unit teres di bawah projek Rumah Selangorku di Bernam Jaya
Sebanyak 2,340 unit rumah teres akan dibangunkan di bawah projek Rumah Selangorku berskala besar pertama di negeri ini dikenali sebagai Lagenda Ardea.
Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman PM - Amirudin
Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lepas.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
ECRL: Kerja alih, pindah kubur di Selat Klang ditangguh seminggu - Amirudin
Kerja penggalian dan pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bagi memberi laluan kepada pembangunan projek ECRL yang dijadualkan esok, ditangguhkan seminggu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.