awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor akan mulakan ekonomi kitaran dalam tempoh dua tahun - Menteri Besar

Bernama
Bernama
06/07/2025
14:00 MYT
Selangor akan mulakan ekonomi kitaran dalam tempoh dua tahun - Menteri Besar
Amirudin berkata kerajaan negeri ketika ini telah memulakan projek rintis iaitu projek SelKitar dan Program Kitar Semula Sisa Elektronik dalam usaha meluas pembangunan ekonomi itu dalam kalangan rakyat. - Gambar fail/Bernama
KLANG: Kerajaan negeri Selangor dijangka memulakan ekonomi kitaran di negeri itu selewat-lewat dua tahun dari sekarang, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin berkata kerajaan negeri ketika ini telah memulakan projek rintis iaitu projek SelKitar dan Program Kitar Semula Sisa Elektronik dalam usaha meluas pembangunan ekonomi itu dalam kalangan rakyat.
"Selepas ini kita bina sistem ini secara berperingkat kerana isunya bagaimana keseluruhan ekosistem itu ditubuhkan dan (berfungsi)....ia bukan sekadar aktiviti kitar semula dapat duit RM5 ke RM6...bukan begitu.
"Ekonomi kitaran ini dijangka akan dimulakan di kawasan bandar antaranya kawasan Lembah Klang Raya iaitu Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam yang akan menjadi 'test bed' (lokasi ujian) penting serta sesuai dengan kehidupan bandar," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Kempen Bebas Plastik Siri 2 2025.
Turut hadir Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin di Laman Seni Safari di sini hari ini.
Ekonomi kitaran bermaksud penggunaan semula, pengitaran semula, pengitaran tinggi dan pengubahsuaian tujuan bahan dan produk selama mungkin sebelum melupuskannya sebagai sisa untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar, penyusutan sumber asli dan meningkatkan nilai ekonomi serta mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Sebelum ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 6 Ogos, 2024 melancarkan Pelan Tindakan Ekonomi Kitaran bagi Sisa Pepejal di Malaysia (2025-2035) untuk memberi panduan kepada pemegang taruh menginstitusikan transformasi ke arah pembangunan ekonomi kitaran.
Menterinya Nga Kor Ming berkata pelan tindakan itu akan mempercepatkan peralihan kepada ekonomi kitaran sisa pepejal menerusi lima paksi utama iaitu tadbir urus dan perundangan, garis panduan dan prosedur, pendigitalan dan teknologi, infrastruktur dan kemudahan serta pewujudan pasaran.
Sementara itu, Amirudin berkata kerajaan negeri kini dalam fasa akhir meminda Undang-Undang Kecil (UUK) membabitkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya Hari Tanpa Beg Plastik boleh dilaksanakan secara meluas di Selangor.
Menurutnya, kesemua PBT akan dipanggil untuk diberikan taklimat terlebih dahulu sebelum usul meminda UKK dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek rintis
#pbt
#fasa akhir
#sisa pepejal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan