awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco

Bernama
Bernama
05/03/2024
08:30 MYT
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Rizam berkata kerajaan negeri pada masa hadapan, terbuka sekiranya terdapat permintaan dan keperluan untuk berbuat demikian. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan Tapak Warisan Dunia (UNESCO) buat ketika ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.
Exco Kemajuan Desa dan Perpaduan negeri Datuk Rizam Ismail berkata bagaimanapun kerajaan negeri pada masa hadapan, terbuka sekiranya terdapat permintaan dan keperluan untuk berbuat demikian.
"Itu sekiranya ada mana-mana kampung tradisi yang dilihat layak dan sesuai untuk memohon pengiktirafan berkenaan.
"Bagaimanapun ia tertakluk kepada penelitian terperinci serta selepas kerajaan negeri mendapat maklum balas daripada jabatan dan agensi yang berkaitan, terlebih dahulu," katanya.
Rizam menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang), sama ada kerajaan negeri merancang menggazetkan beberapa kampung tradisional untuk pengiktirafan UNESCO, seperti cadangan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sebelum ini.
Dalam pada itu Rizam menjelaskan bahawa syor dibawa Nga untuk mengiktiraf kampung tradisi itu, sebenarnya masih di peringkat cadangan daripada pihak menteri dan belum dilaksanakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tapak warisan
#Unesco
#Rizam Ismail
#DUN Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan