SHAH ALAM: Selangor mencatatkan 1,617 kes pasangan bernikah dan berpoligami tanpa kebenaran sepanjang 2019 hingga tahun lepas.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jumlah berkenaan adalah sekali ganda berbanding pemohon yang meminta kebenaran untuk bernikah dan berpoligami iaitu sebanyak 859 kes dalam tempoh sama.
Menurutnya antara punca pasangan memilih untuk bernikah di luar negeri tanpa kebenaran adalah suami yang takut untuk memaklumkan hasrat untuk bernikah dengan wanita lain kepada isterinya selain menganggap prosedur permohonan poligami adalah rumit.
"Prosedur untuk memohon poligami ini mudah sahaja. Kalau pergi ke Jabatan Agama Islam (JAIS), hanya perlu isi borang dan ikut prosedur operasi standard tertentu, tujuannya supaya dia (suami) boleh berlaku adil, mampu dari segi fizikal, kewangan dan kesihatannya.
Kita tidak boleh menikahi wanita lain tapi dalam masa sama mengabaikan tanggungjawab kepada isteri sedia ada," katanya kepada pemberita selepas Forum Kekeluargaan Undang-undang dan Pencerahan Undang-undang bertajuk 'Poligami: Mengikut Sunnah atau Mencari Rebah" di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, hari ini.
Abdul Aziz turut memaklumkan tindakan berpoligami tanpa kebenaran ini juga adalah suatu kesalahan di bawah seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Malah katanya pihak yang bersubahat terhadap kesalahan berpoligami tanpa kebenaran juga boleh dikenakan hukuman sama.
Mengulas mengenai isu pembatalan ceramah agama oleh Ustaz Azhar Idrus di Selangor yang pihak masjid mendakwa telah menghantar permohonan bagi mendapat pengecualian untuk membenarkan penceramah popular itu memberi ceramah, beliau berkata tiada laluan khas untuk mana-mana individu mendapatkan tauliah bagi memberi ceramah agama di negeri ini.
"Mereka ada membuat permohonan untuk minta pengecualian (kepada Ustaz Azhar Idrus), tapi JAIS dengan tegas tidak memberikan pengecualian kepadanya kerana didapati ia tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan JAIS," katanya.
Selain itu Abdul Aziz turut menggalakkan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan tauliah memberi ceramah di Selangor untuk membuat permohonan kepada JAIS.
Beliau berkata permohonan itu dibuka untuk tempoh empat tahun sekali dan buat masa ini permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang rasmi JAIS sehingga 31 Mac ini.
Katanya antara syaratnya ialah pemohon mestilah beragama Islam, berumur 18 tahun ke atas, sihat tubuh badan dan berakal, bermastautin di Selangor, tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah, mempunyai pendidikan di peringkat Empat Sanawi atau setaraf, selain lulus ujian bertulis dan menghadiri sesi temu duga sebelum penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Pentauliahan JAIS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023
Tindakan berpoligami tanpa kebenaran ini juga adalah suatu kesalahan di bawah seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. - Gambar hiasan/Sinar Harian
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Cukai taksiran Selangor naik 25 peratus mulai Januari 2025
Kerajaan Selangor bersetuju untuk menaikkan kadar cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak 25 peratus berbanding kenaikan asal melebihi 100 peratus, berkuat kuasa 1 Jan tahun hadapan.
Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Selangor dijangka muktamadkan penggunaan Akta 672 selewatnya awal 2025
Kerajaan Selangor menjangka memuktamadkan keputusan mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini atau awal 2025.
Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jakim dan JAIS kini dalam fasa memulihkan ahli-ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu.
Belanjawan 2025: Selangor teruskan dasar pengurangan duti hiburan
Amirudin berkata dasar mengecualikan duti hiburan secara penuh bagi artis tempatan akan diteruskan pada tahun depan.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Penyokong mahu Selangor jelaskan sebab Nidzam letak jawatan
Penyokong menggesa Selangor FC mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan sebab pengendali pasukan itu, Nidzam Jamil meletakkan jawatan secara mengejut.
Kutipan hasil Selangor tahun ini melebihi sasaran - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM2.218 bilion setakat bulan ini, melebihi sasaran awal ditetapkan pada RM2.2 bilion.
Monsun Timur Laut: Aktiviti hutan simpan, taman eko Selangor ditutup sementara
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengumumkan penutupan sementara semua aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba di bawah seliaannya bermula 15 November ini.
SDEC 2024 buka tirai, pacu perbincangan tentang AI, inovasi semikonduktor & pendigitalan PKS
Tiga hari SDEC 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) membawa tema Building a Smarter Malaysia: Unleashing AI & Semiconductor.