awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor catat 6,748 kes HFMD setakat 7 Mei - Pengarah Kesihatan

Bernama
Bernama
13/05/2022
01:50 MYT
Selangor catat 6,748 kes HFMD setakat 7 Mei - Pengarah Kesihatan
Sebanyak 6,748 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh Selangor dengan bilangan kes mingguan melebihi paras amaran setakat 7 Mei lepas. -Gambar fail/Wikimedia
SHAH ALAM: Sebanyak 6,748 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh Selangor dengan bilangan kes mingguan melebihi paras amaran setakat 7 Mei lepas, menurut Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.
Beliau berkata daripada bilangan tersebut, empat peratus daripadanya dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan lanjut dan selebihnya menerima rawatan pesakit luar.
"Pada masa sama, terdapat 118 kluster HFMD dilaporkan dengan 95 peratus daripadanya melibatkan kluster di taska atau tadika serta pusat jagaan harian. Tiada kematian dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, hari ini.
Dr Sha'ari berkata trend peningkatan penyakit tersebut di negeri ini berlaku terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun sejak awal tahun ini.
Katanya, 33 peratus kes jangkitan adalah berpunca daripada coxsackie virus A16 (CA16) dan 22 peratus daripada enterovirus 71 (EV 71) manakala selebihnya lain-lain jenis virus.
Dr Sha'ari berkata pada minggu epid ke-18 (ME 18) tahun ini, sebanyak 525 kes telah dilaporkan, namun menurun sebanyak 40 peratus berbanding ME sebelumnya.
"Penurunan ini dipercayai berlaku berikutan cuti perayaan Aidilfitri dan kebanyakan pusat jagaan serta institusi pendidikan ditutup sepanjang tempoh berkenaan. Pada masa yang sama, tiada kluster HFMD dilapor semasa tempoh tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HFMD
#Sha'ari Ngadiman
#rawatan pesakit luar
#penyakit tangan kaki dan mulut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan