awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lihat pangkat yang terlibat, indikasi isu besar di MINDEF - Azam Baki
Ant sokong piawaian dagangan AI Google, beri petunjuk integrasi TNG eWallet
Perlis disaran contohi model Singapura dalam pembangunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor henti penternakan babi secara tradisional tahun ini - Menteri Besar

Faida Rahim
Faida Rahim
13/01/2026
04:00 MYT
Selangor henti penternakan babi secara tradisional tahun ini - Menteri Besar
Menurut Amirudin, cara ternak binatang secara tradisional tersebut terbukti mengakibatkan pencemaran bau dan air yang berlaku sebelum ini. - Gambar fail Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan langkah menutup operasi penternakan babi secara tradisional di negeri itu secepat mungkin dan digantikan konsep moden bagi mengatasi masalah pencemaran yang berlarutan.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cara ternak binatang secara tradisional tersebut terbukti mengakibatkan pencemaran bau dan air yang berlaku sebelum ini.
"Di Selangor terdapat 22 kawasan penternakan babi, dengan 69 pengusaha aktif yang dikenal pasti. Kerajaan negeri akan melaksanakan penutupan operasi tradisional secepat mungkin, dalam tahun ini.
"Langkah ini akan dilaksanakan secara berunding dengan pengusaha bagi menjelaskan keperluan peralihan kepada sistem penternakan moden yang diusahakan pihak swasta. Selagi kawasan tradisional tidak ditutup, pencemaran akan terus berlaku.
"Kerajaan negeri tidak akan terlibat dari segi kewangan atau penyediaan tanah. Jika ada tanah, ia adalah tanah yang dibeli oleh pihak terbabit," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, kata beliau, sebarang pelaksanaan dilepasi baharu tertaklukan kepada kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) bagi memastikan sistem kumbahan tidak memberi kesan kepada sungai dalam alam sekitar.
"EIA akan disemak kerana lokasi baharu juga memerlukan EIA dan prosedur berkaitan. Langkah ini diambil kerana kerajaan memahami kemungkinan wujudnya kumbahan dan kesan sampingan. Saya mahu memastikan pelaksanaan tersebut tidak menjejaskan kawasan sungai dan persekitarannya," katanya.
Mengulas lanjut, setakat ini terdapat 69 pengusaha aktif yang dikenal pasti daripada keseluruhan 22 kawasan penternakan di negeri berkenaan.
Topic Berkaitan
#pencemaran bau
#Amirudin Shari
#penternakan babi
#Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan