Skip to main content

Dunia

Setiausaha Agung PBB desak henti segera pertempuran Pakistan-Afghanistan

Guterres menyeru supaya pertempuran dihentikan segera, dan mengulangi seruannya kepada kedua-dua pihak supaya menyelesaikan sebarang perbezaan melalui diplomasi. - Gambar/ Reuters
Guterres menyeru supaya pertempuran dihentikan segera, dan mengulangi seruannya kepada kedua-dua pihak supaya menyelesaikan sebarang perbezaan melalui diplomasi. - Gambar/ Reuters

Advertisement

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Jumaat menyeru supaya pertempuran antara Afghanistan dan Pakistan dihentikan serta-merta, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Jurucakap Guterres, Stephane Dujarric berkata dalam satu kenyataan media bahawa Setiausaha Agung sangat bimbang dengan peningkatan keganasan antara Afghanistan dan Pakistan serta kesan keganasan itu terhadap penduduk awam.

Beliau menambah bahawa Guterres menyeru supaya pertempuran dihentikan segera, dan mengulangi seruannya kepada kedua-dua pihak supaya menyelesaikan sebarang perbezaan melalui diplomasi.

-- BERNAMA-QNA

 

Must Watch Video

Advertisement