Selangor Life Sciences Accelerator 2025: 21 syarikat terpilih jadi pemangkin revolusi industri sains hayat

Sesi bergambar bersama antara pihak penganjur, rakan strategik dan peserta program yang terpilih menyertai Selangor Life Sciences Accelerator Programme 2025. - Foto Invest Selangor
SELANGOR: Invest Selangor pada Khamis mengumumkan 21 syarikat terpilih untuk menyertai Selangor Life Sciences Accelerator Programme 2025, hasil kerjasama dengan NEXEA, sempena Hari Orientasi yang berlangsung di VIDA Bukit Ceylon, Kuala Lumpur.
Ringkasan AI
- Invest Selangor memilih 21 syarikat sains hayat berpotensi tinggi menyertai Selangor Life Sciences Accelerator Programme 2025 hasil kerjasama dengan NEXEA.
- Program empat bulan ini menawarkan bimbingan pakar, akses pembiayaan hingga RM1 juta dan rangkaian pelabur bagi memacu inovasi ke tahap komersial.
- Inisiatif ini mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai hab inovasi sains hayat di Malaysia dan rantau ini.
“Program ini berfungsi sebagai jambatan strategik antara penyelidikan dan pasaran sekali gus membuka laluan kepada pembiayaan, bimbingan serta akses kepada rangkaian pelabur dan korporat,” menurut kenyataan Invest Selangor.
Antara manfaat utama yang ditawarkan termasuk bimbingan oleh pakar industri, peluang pembiayaan sehingga RM1 juta, akses kepada rangkaian usahawan NEXEA, serta hadiah tunai keseluruhan bernilai RM60,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Senarai 21 syarikat terpilih termasuk Bioloop Sdn Bhd, PlusVibes, Pixelence Sdn Bhd, YSBiotik Sdn Bhd dan Nanofertech Sdn Bhd, antara lain.
Sepanjang empat bulan, peserta akan mengikuti siri masterclass, sesi bimbingan dan lawatan industri sebelum menampilkan hasil inovasi mereka pada Demo Day atau Hari Demonstrasi yang dijadualkan akan berlangsung pada 10 Februari 2026.
Dengan sokongan kerajaan negeri, rakan korporat serta komuniti pemodal teroka, program ini menjadi pemangkin kepada pembangunan syarikat sains hayat tempatan, sekali gus memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab inovasi utama di Malaysia dan rantau ini.
Maklumat lanjut mengenai program boleh didapati di www.selangorlifesciencesx.com .
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami