awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan serah tanah kepada Indonesia, tiada keperluan perjelas di Parlimen - Anwar
1,399 projek perumahan swasta sakit, terbengkalai dipulihkan KPKT
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$125.53 bilion pada akhir Disember 2025 - BNM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2026
07:12 MYT
Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih
Misteri kehilangan seorang wanita beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan di sebuah rumah dan dipercayai dibunuh. - Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Misteri kehilangan seorang wanita yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan di sebuah rumah di Taman Damai II di sini, pada awal pagi Jumaat.
Mayat wanita berusia 41 tahun itu ditemukan anggota polis hasil serbuan yang dilakukan ke rumah teres dua tingkat itu pada jam 1 pagi.
Ketika serbuan dijalankan, polis menemukan wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu, manakala suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa cedera di leher dan lengan kiri disyaki akibat tindakan sendiri.
Suspek berusia 44 tahun disyaki membunuh mangsa pada pagi Selasa lalu sehinggalah polis menemukan mayatnya awal pagi tadi.
Difahamkan, sebelum penemuan mayat itu, abang mangsa membuat laporan polis apabila adik perempuannya itu tidak pulang ke rumah sejak beberapa lalu.
Suspek yang juga penganggur kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan.
Sementara itu, Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita terbabit.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Prosiding reman ke atas suspek dijalankan di HSNI susulan lelaki itu menerima rawatan akibat kecederaan dialaminya.
Sementara itu, tinjauan ke rumah didiami mangsa dan suspek mendapati, keadaannya sunyi selain polis memasang pita larangan masuk.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. -- Sinar Harian

Topic Berkaitan
#wanita hilang
#mayat ditemui
#cedera di leher
#Batu Pahat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan