awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor nafi dakwaan cubaan tutup sekolah agama persendirian

Bernama
Bernama
16/06/2023
10:18 MYT
Selangor nafi dakwaan  cubaan tutup sekolah agama persendirian
Mohd Zawawi berkata kerajaan negeri mengambil langkah sejak 2019 bagi membangunkan Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor' melibatkan 416 buah sekolah. - Fail/Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor menafikan tuduhan tidak berasas segelintir pihak yang cuba memburukkan usaha pemutihan sekolah agama persendirian dalam matlamat meningkatkan kualiti dan taraf institusi pendidikan itu, di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berkata sebaliknya kerajaan negeri mengambil langkah sejak 2019 bagi membangunkan Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor' melibatkan 416 buah sekolah.
Katanya, kerajaan negeri turut berdukacita dengan tuduhan jahat terhadap Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebagai dalang yang cuba menutup sekolah agama persendirian tersebut.
Sebaliknya, beliau berkata usaha itu dilakukan berasaskan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang gusar dengan peningkatan kejadian malang menimpa sekolah agama itu termasuk tragedi kebakaran yang meragut 23 nyawa dan mencederakan lima murid pada 2018.
Mohd Zawawi berkata kesemua usaha kerajaan negeri telah disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai cubaan untuk menghentikan usaha dakwah di Selangor, termasuk proses pemutihan sejak 2019 dianggap usaha untuk menutup sekolah agama persendirian.
Menurutnya, usaha murni yang dilakukan kerajaan negeri telah mendapat dokongan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai oleh 478 institusi sekolah agama persendirian.
"Usaha kerajaan negeri ini mampu mengangkat martabat sekolah agama persendirian dan diyakini memberi manfaat kepada pelajar dan ibu bapa di Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah agama persendirian
#tutup sekolah agama di Selangor
#Exco Selangor
#Mohd Zawawi Ahmad Mughni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan