GOMBAK: Selangor sedang meneliti untuk memperkasakan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu bagi memberikan tumpuan yang lebih kepada isu-isu berkait kesihatan awam, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata pihaknya sedang melihat untuk mewajibkan setiap PBT untuk mempunyai seorang doktor yang mempunyai latar belakang pengajian dalam bidang kesihatan awam selain menjangkakan perkara itu mungkin akan dilaksanakan dalam masa dua tahun lagi.
"Disiplin terhadap kesihatan awam ini berbeza dengan kesihatan secara umumnya iaitu kesihatan akan menumpukan kepada pengukuhan institusi seperti hospital, modernisasi perubatan dan sebagainya, tetapi kesihatan awam ia akan lebih menjurus kepada pembentukan sikap dan komuniti masyarakat.
"Yang ada sekarang ni kita hanya semak kebersihan, premis makanan dan sebagainya sedangkan tugas itu lebih daripada itu dan petugas kesihatan (di Jabatan Kesihatan Negeri - JKN) pula agak terperangkap dalam hal ini kerana mereka mempunya tugas hakiki yang besar di peringkat hospital dan pusat kesihatan.
"...dan kalau mereka juga perlu terlibat dengan urusan kesihatan awam secara tidak langsung adalah tidak wajar mereka terbeban dengan hal itu, jadi saya percaya kalau kita boleh berkolaborasi di antara PBT dengan JKN ini, automatik kita akan mempunyai jaringan kesihatan awam yang lebih baik demi menjamin kesihatan awam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran program Madani Afiat di Dewan Rakyat Batu Caves, di sini hari ini.
Selain itu, Amirudin berkata pihaknya juga telah mengambil keputusan untuk mengembangkan aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dengan mendigitalkan rekod kesihatan penggunanya bagi melahirkan rakyat Selangor yang cakna akan status kesihatan, selain memudahkan urusan petugas di mana-mana institusi kesihatan.
"Kerajaan negeri telah membuat keputusan bahawa SELangkah akan menjadi satu 'data entry point' untuk rakyat di negeri Selangor pada masa ini dan masa depan.. .Insya-Allah ia akan mula pada tahun hadapan atau akhir tahun ini dan kita bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan hospital-hospital swasta.
"Ia penting kerana akan dapat memberi informasi mengenai maklumat kesihatan (individu), sekali gus akan memendekkan tugas doktor yang mereka tidak perlu ambil langkah awal untuk kenal pasti jenis darah dan sebagainya kerana maklumat itu sudah ada dalam bentuk digital dan boleh digunakan oleh pesakit di mana-mana hospital," katanya.
Aplikasi itu terdahulu dibangunkan oleh kerajaan negeri Selangor bagi mengekang penyebaran wabak COVID-19 di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023
Amirudin (kanan) pada sidang media ketika Majlis Pelancaran Madani Afiat dan Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 dan One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Kebangsaan di Dewan Rakyat Batu Caves hari ini. - Foto BERNAMA
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Selangor perkasa PBT, tumpu isu kesihatan awam
Selangor sedang meneliti untuk memperkasakan setiap PBT di negeri itu bagi memberikan tumpuan yang lebih kepada isu-isu berkait kesihatan awam.