Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekiranya kerajaan Selangor benar-benar serius ingin melaksanakan pendidikan percuma, perkara itu sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu di universiti seliaan mereka seperti Universiti Selangor (Unisel).
Beliau berkata kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (Harapan) itu sepatutnya memberikan gambaran awal kepada rakyat bahawa usaha melaksanakan pendidikan percuma di negeri itu mampu dilakukan di Unisel.
"Kalau nak beri yuran pengajian tinggi secara percuma, buat dulu di Unisel… tiap-tiap semester tak payah bayar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Shah Alam, di sini hari ini.
Mahdzir mengulas kenyataan Exco Selangor yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, bahawa manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diiktiraf oleh sayap belia kesemua empat parti komponen HARAPAN antara lain, berikrar memperkenalkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak di peringkat pra-sekolah sehingga pendidikan tinggi di universiti awam.
Selain Unisel, kerjaan Selangor turut menyelia Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor (Inpens).
Mahdzir, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) telahpun melaksanakan pendidikan percuma sejak dulu lagi malahan kini tiada lagi yuran peperiksaan kebangsaan di sekolah kerajaan.
Di samping itu, kerajaan juga mengagihkan buku teks secara percuma di sekolah-sekolah seluruh negara selain menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah.
Katanya, kerajaan membelanjakan RM42 bilion setahun bagi tujuan pendidikan percuma selain penyelenggaraan bagi sekolah kebangsaan vernakular, agama dan membantu pelajar Orang Asli.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2017
Datuk Seri Mahdzir Khalid berucap merasmikan serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO Bahagian Shah Alam di Bangunan UMNO Selangor, pada Ahad, 9 Julai, 2017. -- fotoBERNAMA
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini
Program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.
Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar - Azman
Peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan.
Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 - Kementerian Kewangan
Paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
Kerajaan sentiasa beri peluang kepada golongan berpendapatan rendah miliki rumah
Peluang buat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dibuka antaranya melalui program Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Kerajaan, pesara hakim diberi tempoh sebulan selesai saman berhubung isu pencen
Mahkamah Tinggi memberi tempoh sebulan kepada kerajaan dan 35 individu untuk mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian dalam kes saman membabitkan isu pencen.