SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor perlu memberi penekanan terhadap kepentingan mengadakan pemeriksaan dan penilaian berkala terhadap operasi semasa fasiliti yang memiliki permit sah bagi membendung pencemaran sisa plastik import.
Setiausaha Kehormat Sahabat Alam Malaysia S. Mageswari berkata langkah itu perlu dilaksana bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan alam sekitar dan mengelakkan urus niaga yang mencurigakan dengan premis haram atau menerima sisa plastik import dari negara lain.
Beliau berkata adalah penting bagi agensi penguatkuasaan untuk memeriksa setiap penghantaran di peringkat antarabangsa dan pihak yang terbabit dalam perdagangan sisa dalam usaha 'mengekang kebocoran' pada sumbernya.
Mageswari turut mengingatkan kerajaan negeri mengenai bahaya pencemaran sisa plastik yang didakwa dihasilkan oleh beberapa loji kitar semula kertas yang kini beroperasi di Kuala Langat.
"Kerajaan negeri juga perlu waspada dengan e-sisa import yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan tinjauan lapangan kami di tapak pelupusan sampah di Sri Cheeding, Banting yang antara lain terdiri daripada cebisan plastik," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mageswari berkata adalah penting untuk negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Johor mengikut jejak langkah itu dan komited dalam mengharamkan import sisa serta mwngwnakan dasar yang ketat ke atas kilang pemprosesan sisa.
"Kita perlu berhanti mengimport sisa dari negara lain dan memfokus kepada mengutamakan pengurangan sisa, pengasingan sisa di peringkat sumber, kitar semula yang selamat dan pengkomposan sisa organik serta pembinaan kapasiti institusi untuk memudah cara ekonomi sirkular yang selamat dan bukan toksik dengan diterajui pengusaha kitar semula tempatan," katanya.
Khamis lepas, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan lima dasar berhubung pengoperasian kilang dan premis memproses sisa plastik kitar semula di negeri itu bagi mencegah pencemaran.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian berkata persetujuan serta kelulusan mengenai dasar itu telah dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 11 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022

Khamis lepas, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan lima dasar berhubung pengoperasian kilang dan premis memproses sisa plastik kitar semula di negeri itu bagi mencegah pencemaran. - Gambar hiasan/ Bernama

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan
Setiausaha Luar United Kingdom Liz Truss tidak menolak kemungkinan akan merampas aset warga Rusia di UK yang telah dibekukan dan menyerahkannya kepada Ukraine.

Kenaikan harga bahan mentah dijangka tidak jejas margin keuntungan Gamuda
Firma itu optimis bahawa kumpulan itu mempunyai langkah terbaik dalam melindungi margin keuntungannya.

AWANI Ringkas: PM mula lawatan kerja ke Turki esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki didakwa bunuh wanita baru dikenali menerusi aplikasi sembang
Seorang penganggur didakwa atas pertuduhan membunuh kenalan wanita yang baru dikenalinya melalui aplikasi sembang awal bulan lalu.

JC Azhar ingatkan semua pihak tidak buat kenyataan berhubung kes Syed Saddiq
Biarkan bukti yang berbicara...

Heterokromia, kondisi perubatan unik dialami satu peratus populasi dunia
Warna anak mata atau iris, seperti juga warna kulit dan rambut, dipengaruhi oleh kadar kandungan melanin.
![[INFOGRAFIK] Apa Itu Inflasi? [INFOGRAFIK] Apa Itu Inflasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976458/thumbnails/8967789641656908720165_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Apa Itu Inflasi?
Kadar inflasi lazimnya diukur melalui pengiraan Indeks Harga Pengguna (IHP).

Program Celik 3M | Etiqa sasar bantu pelajar golongan B40
Etiqa baru-baru ini melancarkan ‘Program Celik 3M Etiqa Cares’ bersama Adab Youth Garage (AYG) sebagai usaha membantu pelajar dapat menguasai kemahiran tersebut pada peringkat umur yang sepatutnya. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Insurance Berhad, Fukhairudin Mohd Yusof, program itu merupakan sebahagian komitmen mereka untuk mengatasi isu penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan pelajar sekolah rendah, khususnya bagi golongan B40.

1,364 keldai akaun ditahan di Selangor
Polis Selangor menahan 1,364 individu termasuk 436 wanita disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan dalam talian atau scam di negeri tersebut sejak Januari hingga Jun lalu.

PRU15: Tengku Zafrul sebagai calon heavyweight di Selangor? Ini jawapan Noh Omar...
Tengku Zafrul seorang tokoh muda yang berpotensi untuk diketengahkan dan dijadikan ikon di Selangor, kata Noh.

Selangor ganti setiap penyahwartaan hutan
Amirudin berkata, langkah itu dilakukan bagi memastikan kawasan hutan di negeri ini terus bertambah.

Roboh Stadium Shah Alam masih dalam perbincangan
Cadangan dan perancangan masa depan Stadium Shah Alam akan diumumkan pada 16 Julai ini.

Gamuda raih kontrak RM1.97 bilion projek bekalan air Sg Rasau
Projek tersebut yang turut melibatkan pembinaan dua jejantas melintasi Lebuhraya Elite dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan akan dimulakan pada 15 Julai ini dan dijangka selesai menjelang 30 Jun, 2025.

34 premis urung lipas, lalat, tikus diarah tutup
Sebanyak 34 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana menyebabkan urungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit sangat rendah.

Lelaki nyaris tertimbus ketika buat kerja pembaikan paip
Seorang lelaki warga Indonesia berdepan detik cemas apabila separuh badannya tertimbus dalam lubang ketika melakukan kerja pembaikan paip di Laman View Cyberjaya , sini, petang ini.

RM56.9 juta kerugian dalam talian dicatatkan setakat ini - Arjunaidi
Sebanyak 1,354 kes dicatat dalam enam bulan pertama 2022 menyumbang kepada 75 peratus daripada keseluruhan kes komersial di Selangor.

JDT benam PJ City 4-0, kukuh kedudukan teratas liga
Gol pendahuluan hadir menerusi penyerang import dari Brazil, Bergson da Silva pada minit ke-23.

Pelantikan Isham Jalil, nilai tambah kepada pucuk pimpinan UMNO Selangor - Noh
Pelantikan Isham Jalil sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dilihat sebagai nilai tambah kepada pucuk pimpinan UMNO Selangor, kata Pengerusi Perhubungannya Tan Sri Noh Omar.