SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan untuk menandatangani Akta 672 bagi menangani masalah pembuangan sampah haram di negeri ini.
Akta 672 adalah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 untuk memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawalan dan pengawalseliaan perkara-perkara yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata dengan menandatangani akta tersebut, penguatkuasaan dan pemantauan sampah akan dilakukan.
Beliau berkata penguatkuasaan itu akan dilakukan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang menjadi badan berautoriti tunggal bertanggungjawab ke atas pengurusan sampah berbanding kaedah sekarang di negeri ini setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab terhadap kawasan masing-masing.
"Sebelum ini, jumlah kompaun terhadap pembuangan sampah haram yang termaktub di dalam Seksyen 73 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007 adalah sekitar RM1,000 sahaja dan ini mungkin tidak cukup menggerunkan pesalah yang membuang sampah haram.
"Ia amat berbeza berbanding Seksyen 71(8) Akta 672 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya semasa sesi penggulungan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri akan memberikan perhatian serius terhadap isu sampah dan akan segera mencari penyelesaian tuntas supaya Selangor kekal bersih dan harmoni.
Ketika ini hanya Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perlis, Kedah serta Kuala Lumpur dan Putrajaya menguatkuasakan Akta 672.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
Ng Sze Han berkata dengan menandatangani akta tersebut, penguatkuasaan dan pemantauan sampah akan dilakukan.- Fail/ BERNAMA
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Selangor dijangka muktamadkan penggunaan Akta 672 selewatnya awal 2025
Kerajaan Selangor menjangka memuktamadkan keputusan mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini atau awal 2025.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Selangor hantar surat hasrat setuju laksana Akta Pengurusan Sisa Pepejal - Amirudin
Kerajaan Selangor akan menghantar surat hasrat (LoI) kepada KPKT berhubung pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Akta 672: Pulau Pinang akan teliti, bincang sebelum buat keputusan
Pulau Pinang akan meneliti dan berbincang lebih lanjut dengan kerajaan Persekutuan berhubung menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Akta 672: KPKT tunggu keputusan kerajaan negeri Selangor
KPKT menunggu keputusan kerajaan negeri Selangor berhubung pelaksanaan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Selangor pertimbang tandatangan Akta 672, tangani isu sampah haram - Exco
Kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan untuk menandatangani Akta 672 bagi menangani masalah pembuangan sampah haram di negeri ini.
Terap Dasar Kebersihan Negara di negeri tidak tandatangan Akta 672 - Zuraida
Tujuh negeri belum menandatangani Akta 672 iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.