awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
Anak Kim Jong Un kunjungi pusara keluarga, cetus spekulasi pewaris kuasa Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor peruntuk RM1 juta untuk MIHC dikendalikan MAPIM

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
03/10/2025
15:45 MYT
Selangor peruntuk RM1 juta untuk MIHC dikendalikan MAPIM
Amirudin berkata, dana itu membolehkan MIHC bersama MAPIM menggerakkan pelbagai inisiatif berkaitan bantuan kemanusiaan samada di peringkat antarabangsa mahupun tempatan. - Gambar Astro AWANi
SEPANG: Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan RM1 juta tahun ini bagi menubuhkan Malaysian International Humanitarian Centre (MIHC), Pusat Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia dikendalikan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dana itu membolehkan MIHC bersama MAPIM menggerakkan pelbagai inisiatif berkaitan bantuan kemanusiaan samada di peringkat antarabangsa mahupun tempatan.
“MAPIM dan MIHC bukan hanya membantu kepada krisis-krisis antarabangsa tetapi juga telah menyalurkan sokongan dan bantuan dengan kemudahan ‘warehouse’ ataupun ‘storage centre’ yang kita ada pada hari ini untuk isu-isu kemanusiaan.
“Baik kejadian seperti tanah runtuh, banjir dan sebagainya, kita berharap agar ini (peruntukan) akan menjadi satu semangat baru kepada masyarakat untuk terus bersama-sama menyumbang melalui MAPIM dan MIHC,” katanya dalam sidang media harian di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), di sini pada Jumaat.
Katanya, dengan sokongan diberikan kerajaan negeri itu, beliau percaya apa yang telah dilaksanakan MAPIM akan membuka mata bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi komuniti antarabangsa.
Terdahulu, beliau diiringi Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim yang memberi taklimat berkenaan perkembangan terkini delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia.
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla
#MAPIM
#MIHC
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan