awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor salur bantuan banjir RM1 juta buat Kelantan dan Terengganu

Bernama
Bernama
20/12/2022
05:21 MYT
Selangor salur bantuan banjir RM1 juta buat Kelantan dan Terengganu
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu bagi meringankan beban atas musibah yang melanda kedua-dua negeri tersebut selain bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat.- BERNAMA
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM500,000 masing-masing kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu untuk membantu mangsa banjir di dua negeri berkenaan.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu bagi meringankan beban atas musibah yang melanda kedua-dua negeri tersebut selain bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat.
"Kerajaan Negeri melalui Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) serta Sukarelawan Selangor (SERVE) bersedia berkhidmat untuk sebarang bentuk bantuan kemanusiaan pasca banjir sebaik sahaja keadaan mengizinkan kelak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Amirudin berkata acara sambutan Ambang Tahun Baharu peringkat Selangor juga dibatalkan demi menghormati mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah banjir dan tragedi tanah runtuh Batang Kali.
Setakat 8 pagi hari ini, angka Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menunjukkan seramai 25,353 orang di Kelantan dan 37,021 orang di Terengganu telah menjadi mangsa musibah tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#mangsa banjir
#banjir
#banjir kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan