awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor salur RM1 juta bantuan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin

Bernama
Bernama
20/10/2023
10:47 MYT
Selangor salur RM1 juta bantuan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin
Amirudin berkata, bantuan itu juga diharapkan menjadi sebahagian daripada usaha kolektif bagi mengangkat prinsip keadilan serta menentang keganasan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan menyalurkan RM1 juta ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang diseliakan oleh Kementerian Luar.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata di samping bertujuan mengurangkan kedukaan dan kesengsaraan rakyat Palestin, bantuan itu juga diharapkan menjadi sebahagian daripada usaha kolektif masyarakat serta negara di seluruh dunia bagi mengangkat prinsip keadilan serta menentang keganasan.
"Sejak 9 Okt lalu, kesengsaraan yang menjadi angkara rejim yang ingin melenyapkan populasi yang tidak mampu mempertahankan diri serta melanggar undang-undang antarabangsa, tindakan yang korup dari segi prinsip dan moral ini telah menyebabkan sehingga 4,000 nyawa rakyat Palestin terkorban sehingga hari ini.
"Pada ketika ini, seluruh komuniti antarabangsa mempunyai tanggungjawab untuk mengetepikan segala perbezaan, menyokong gencatan serangan dan memberikan laluan supaya bantuan kemanusiaan dapat disegerakan secara selamat ke Semenanjung Gaza kepada mangsa terutamanya wanita, kanak-kanak serta warga emas," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#derma
#bantuan kemanusiaan
#Selangor
#Palestin
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan