SHAH ALAM: Pasangan memilih berkahwin di luar negara termasuk Thailand bukan sahaja boleh didenda malah bakal berdepan kesukaran selagi mereka tidak mengesahkan status perkahwinan di negara ini.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pasangan berkahwin tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri turut berdepan pelbagai risiko di masa akan datang.
"Apabila mereka akad nikah di negara luar, mereka akan kena bayar denda di sini, terpaksa pergi ke mahkamah dan akan dikenakan denda untuk mendaftarkan dan mengesahkan mereka berkahwin.
"Jabatan-jabatan agama Islam di sini, dari segi undang-undangnya juga tidak mengiktiraf (perkahwinan) mereka, walaupun mungkin dari segi agama adalah sah kahwin, cukup syarat dan sebagainya.
"Dari segi peraturan dan undang-undang negara termasuk Selangor, jika sekiranya mereka berkahwin di luar negara dan tidak didaftarkan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jadi kita tidak akan mengiktiraf mereka," katanya.
Abdul Aziz ditemui pemberita selepas melakukan perlepasan konvoi prihatin mangsa banjir ke Terengganu dan Kelantan MAIS bersama agensi dan anak syarikat MAIS di lobi Bangunan Sultan Idris Shah di sini pada Ahad.
Hadir sama, Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, anak hasil pernikahan pasangan terbabit juga akan berdepan kesukaran untuk melangsungkan perkahwinan sekiranya kedua ibu bapanya tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.
"Misalnya anak nak kahwin, hasil nikah (luar negara) itu, kita kena semak, sama ada perkahwinan itu ada daftar di JAIS, kalau tak ada kita tidak boleh, kena pergi mahkamah untuk mengesahkan dan mungkin akad nikah balik.
"Itu sebagai contoh, atau pun dari segi urusan pembahagian harta pusaka pun tak boleh dilakukan sebab kita tidak mengiktiraf dari segi undang-undang dari segi peraturan kalau mereka kahwin di luar negara," katanya.
Beliau menambah, pihak berkuasa agama negeri juga tidak pernah menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak yang menguruskan pakej perkahwinan di luar negara dengan dakwaan mendapat kebenaran pihaknya.
"Walaupun dalam pakej (diedarkan) tersebut tulis diiktiraf negara kita, saya tak pasti dan saya tidak fikir Selangor ada kerjasama seperti itu kerana ruang terbuka luas untuk kita yang hendak kahwin di sini," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 08 2023
Abdul Aziz berkata, pasangan berkahwin tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri turut berdepan pelbagai risiko di masa akan datang. - Foto Sinar Harian
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
UNESCO hadiahkan semua wartawan di Gaza anugerah PBB
Sebagai sebuah badan PBB yang menggalakkan keamanan dan keselamatan dunia, bumi gaza telah menjadi enjadi tempat paling maut bagi wartawan dalam sejarah susulan serangan kejam israel membunuh puluhan ribu manusia.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Peminat sukan badminton tanah air berpeluang menyaksikan aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 antara Malaysia dan China yang akan ditayangkan di 15 lokasi skrin besar di seluruh negara, pada Sabtu ini
Kes demam denggi berkurangan pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,237 kes pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) iaitu dari 21 April hingga 27 April lalu berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya.
Polis giat buru suspek samun pemain TFC
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan berusia 25 tahun cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri.
Bapa ditahan dera anak usia 2 tahun
Seorang lelaki diberkas dipercayai mendera anak perempuannya yang berumur dua tahun dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Pinggiran Cheras.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
KPM sedar sistem pendidikan berdepan krisis
Semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia sedar bahawa sistem Pendidikan negara sedang berdepan dengan krisis.
Lebih 500,000 pelajar Sabah nikmati manfaat pembaikan sekolah daif
Seramai 514,070 murid dan pelajar di Sabah menikmati prasarana sekolah lebih baik hasil usaha berterusan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan dalam menaik taraf sekolah daif serta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sekolah di negeri itu
AWANI Ringkas: Mahkamah tolak permohonan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor tidak iktiraf kahwin luar negara - MAIS
Pasangan memilih berkahwin di luar negara termasuk Thailand bukan sahaja boleh didenda malah bakal berdepan kesukaran selagi mereka tidak mengesahkan status perkahwinan di negara ini.