awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selaraskan konsep rumah kos rendah di peringkat nasional - Zambry

Bernama
Bernama
08/10/2016
15:09 MYT
Selaraskan konsep rumah kos rendah di peringkat nasional - Zambry
Kata Zambry, setiap negeri menunjukkan pemahaman yang berbeza tentang konsep perumahan kos rendah baik dari aspek harga dan juga keluasan rumah berkenaan. - Gambar fail
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini mencadangkan agar konsep dan kriteria perumahan kos rendah diselaraskan di peringkat nasional. Katanya cadangan itu bagi mengelakkan kekeliruan oleh kerajaan-kerajaan negeri dalam menetapkan kriteria rumah kos rendah dan salah faham dalam membuat unjuran berkaitan jumlah rumah kos rendah yang telah dibina di setiap negeri. Menurut beliau, setiap negeri menunjukkan pemahaman yang berbeza tentang konsep perumahan kos rendah baik dari aspek harga dan juga keluasan rumah berkenaan. "Di Perak, kami menetapkan saiz atau keluasan yang besar untuk rumah kos rendah tetapi ianya tidak dikategorikan sebagai keluasan rumah kos rendah. Akhirnya laporan di peringkat nasional mengatakan kami tidak membina rumah kos rendah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Antarabangsa Kekayaan Inklusif yang pertama di sini.
Forum sehari yang dianjurkan oleh Inclusive Wealth Initiatives (IWI) Sdn Bhd di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu turut mengadakan program-program sampingan pada 7 dan 9 Okt di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Ia antara lain membincangkan dimensi baharu berkaitan penilaian tahap kekayaan sesebuah negara yang sebelum ini berdasarkan pada sumber kewangan semata-mata tanpa mengambil kira aspek kemanusiaan dan alam sekitar. Dalam pada itu, Zambry turut mengumumkan penganjuran Persidangan Meja Bulat untuk Pemilikan Rumah Mampu Milik (RAHOS) yang akan diadakan di Ipoh, yang tarikhnya masih belum diputuskan.
Topic Berkaitan
#kos unjuran rumah
#kriteria rumah kos rendah
#rumah kos rendah
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan