awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selebriti, pempengaruh mampu tarik pengikut keluarkan zakat - LZS

Bernama
Bernama
30/11/2023
13:43 MYT
Selebriti, pempengaruh mampu tarik pengikut keluarkan zakat - LZS
Peranan yang dimainkan selebriti dan pempengaruh media sosial dilihat mampu menjadi kelebihan untuk LZS meningkatkan kadar kutipan. - Bernama
SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menganjurkan program 'Selebriti Bersama Mufti' bagi menggalakkan selebriti dan pempengaruh media sosial menggunakan kelebihan dimiliki dengan menarik pengikut mereka melakukan perkara berfaedah termasuk mengeluarkan zakat.
Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Muhd Fikri Naim Harun berkata peranan yang dimainkan oleh selebriti dan pempengaruh media sosial itu juga dilihat mampu menjadi kelebihan untuk LZS meningkatkan kadar kutipan zakat untuk disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan.
"Menerusi program pada hari ini, kita bawakan Mufti Selangor (Datuk Dr Anhar Opir) untuk berkongsi ilmu agama dengan selebriti dan pempengaruh media sosial selain mendapatkan maklumat terus dari LZS untuk sama-sama kita sebarkan kepada masyarakat khususnya pengikut mereka.
"Program ini juga bertujuan mencari satu sinergi antara LZS bersama rakan-rakan artis, dengan mereka ini menjadi pembuka pintu (untuk mengajak masyarakat) mengeluarkan zakat dalam membantu golongan asnaf di Selangor," katanya pada pemberita selepas program itu di sini.
Program yang disertai lebih 30 selebriti itu memberi ruang bagi perkongsian maklumat berkaitan pengurusan zakat terutama kutipan dan agihan, selain sebagai platform menggalakkan usahawan dalam kalangan selebriti menunaikan kewajipan tersebut.
Sementara itu, Muhd Fikri Naim berkata jumlah kutipan zakat ketika ini mencecah RM800 juta dan pihaknya menyasarkan RM400 juta lagi untuk bulan ini.
Terdahulu, dalam majlis tersebut tiga syarikat menyerahkan zakat perniagaan dan pendapatan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM985,916.73.
Bizmilla Catering Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Nursyamila Jirin atau Mila Jirin mengeluarkan zakat perniagaan berjumlah RM365,268.73, manakala Pengasas Bawal Sdn Bhd Halyza Maysuri dan Mohd Rosli Awang serta Pengasas Herbaworks Healthcare Sdn Bhd Ikhwan Hasyidan Ilyas menunaikan zakat pendapatan masing-masing sebanyak RM407,888 dan RM212,760.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#zakat
#selebriti
#pempengaruh
#LZS
#Muhd Fikri Naim Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan