awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas 30 tahun larikan diri, warga M'sia akhirnya dipenjara 42 minggu

Bernama
Bernama
13/06/2017
15:33 MYT
Selepas 30 tahun larikan diri, warga M'sia akhirnya dipenjara 42 minggu
Yaw Eng Construction kemudian akan mengemukakan dokumen-dokumen itu kepada kontraktor utama yang kemudian akan menghantar bil bayaran ke pejabat kawasan Clementi West bagi kerja-kerja itu. - Gambar hiasan
Seorang bekas pegawai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang melarikan diri selama 30 tahun selepas memalsukan lebih 100 dokumen arahan kerja, hari ini dijatuhi hukuman penjara 42 minggu, TODAYonline.com melaporkan.
Menurut laporan itu, Hew Chong Wai, 53, mengaku terhadap 18 pertuduhan pemalsuan selepas dia ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia bulan lepas di Seremban.
Sebanyak 110 lagi pertuduhan pemalsuan sedang dipertimbangkan.
Hew adalah pemeriksa perumahan dan penyelenggaraan yang bertugas di pejabat Clementi West HDB pada 1987, apabila di memalsukan tandatangan dua orang pegawai kanan HDB bagi 18 arahan kerja yang pada masa itu bernilai lebih S$25,000.
Kerja-kerja sanitasi tidak dijalankan dan siasatan berikutnya menemui bahawa lebih daripada seratus lagi dokumen arahan kerja telah dipalsukan, kata laporan tersebut.
Hew, seorang rakyat Malaysia, mengenali Tan Kiam Hock, yang merupakan sub kontraktor bagi Yaw Eng Construction,yang seterusnya melakukan kerja-kerja untuk Leong Hup Lee Construction Trading, kontraktor jangka masa untuk kerja-kerja pembersihan di pejabat Clementi West HDB.
Dalam tempoh sebulan, Hew akan memalsukan dokumen arahan kerja yang mengandungi tandatangan Chan Sin Chan, pemeriksa kanan perumahan dan penyelenggaraan, dan Ching Toong Hon, yang merupakan pegawai kanan hartanah.
Chan dan Ching kedua-dua mereka bertanggungjawab bagi menyemak dan meluluskan kerja-kerja, kata laporan itu.
Tan mengemukakan dokumen yang dipalsukan itu kepada Yaw Eng Construction, yang membayar kepadanya jumlah yang dinyatakan dalam dokumen arahan kerja, meliputi S$100 hingga lebih S$1,000, pada hari yang sama.
Yaw Eng Construction kemudian akan mengemukakan dokumen-dokumen itu kepada kontraktor utama yang kemudian akan menghantar bil bayaran ke pejabat kawasan Clementi West bagi kerja-kerja itu.
Tan, yang disabitkan kesalahan pada Mei, 1988, secara penipuan menerima S$53,602.48 sementara Hew menerima habuan S$22,959.50, sekarang bernilai s$38,908.79, mengambil kira inflasi, kata laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dokumen arahan kerja palsu
#Hew Chong Wai
#Kontraktor
#Malaysia
#pemalsuan dokumen
#penjara
#Singapura
#Tan Kiam Hock
#tandatangan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan