awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas 355 hari, angkasawan AS pulang ke bumi dengan dua angkasawan Rusia

Agensi
Agensi
30/03/2022
22:00 MYT
Selepas 355 hari, angkasawan AS pulang ke bumi dengan dua angkasawan Rusia
Vande Hei dijadual pulang ke Houston menaiki jet Gulstream sebaik selesai pemeriksaan kesihatan. -Twitter @NASA
HOUSTON: Selepas 355 hari berada di orbit sekali gus memecah rekod paling lama berada di angkasa lepas, angkasawan NASA Mark Vande Hei kembali ke bumi pada Rabu.
Kapsul Soyuz yang membawanya bersama dua angkasawan Rusia, Anton Shkaplerov dan Pyotr Dubrov selamat mendarat di tengah Kazakhstan selepas lima jam berlepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Menurut laporan, ketiga-tiga mereka mendarat dengan bantuan payung terjun di padang rumput Afghanistan pada jam 7.28 pagi waktu tempatan.
Kepulangan mereka disambut media antarabangsa, manakala Pusat Kawalan Misi Rusia memaparkan skrin dengan ucapan "selamat kembali".
Vande Hei dijadual pulang ke Houston menaiki jet Gulstream sebaik selesai pemeriksaan kesihatan manakala dua lagi angkasawan dijadual pulang ke pusat latihan mereka di Star City, Rusia.
Di sebalik ketegangan di antara AS dan Rusia susulan pencerobohan di Ukraine, mereka tetap bekerjasama secara profesional.
Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengarahkan sekatan eksport berteknologi tinggi terhadap Moscow yang menurutnya direka untuk 'memburukkan' industri aeroangkasa Rusia, termasuk program angkasa lepasnya.  
Topic Berkaitan
#NASA
#Angkasa Lepas
#Mark Vande Hei
#angkasawan Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan