awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas LRT, Anthony Loke tinjau perkhidmatan KTMB, TBS

Firdaus Azil
Firdaus Azil
15/12/2022
12:45 MYT
Selepas LRT, Anthony Loke tinjau perkhidmatan KTMB, TBS
Loke berkata, beliau menerima banyak maklum balas di media sosial berkenaan perkhidmatan Komuter dan masalah mencetak Pas Masuk Bas di TBS. - Gambar/ FB Anthony Loke Siew Fook
KUALA LUMPUR: Selepas meninjau operasi Transit Aliran Ringan (LRT) pada hari pertamanya sebagai Menteri Pengangkutan pada 5 Disember lepas, hari ini Anthony Loke Siew Fook meninjau pula perkhidmatan KTM Komuter.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Seremban itu berkata, selain mengambil tren Komuter dari KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan, beliau turut mengambil peluang meninjau keadaan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Loke berkata, beliau menerima banyak maklum balas di media sosial berkenaan perkhidmatan Komuter dan masalah mencetak Pas Masuk Bas di TBS.
“Saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan KTMB dalam masa terdekat untuk membincangkan cara untuk menambah baik dan menambah kekerapan perkhidmatan Komuter.
“Saya faham bahawa KTMB menghadapi pelbagai kekangan operasi yang disebabkan oleh projek menaik taraf landasan KVDT1 yang masih belum siap dan KVDT2 yang tergendala,” katanya lagi.
Selain itu, Loke berkata, beliau juga akan berjumpa dengan pihak pengurusan TBS untuk membincangkan kesiapsiagaan untuk menguruskan jumlah penumpang yang ramai pada hujung minggu, dan musim perayaan.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#KTMB
#TBS
#operasi pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan