awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Muhyiddin, SPRM akan panggil Tengku Zafrul

Sinar Harian
Sinar Harian
19/02/2023
05:49 MYT
Selepas Muhyiddin, SPRM akan panggil Tengku Zafrul
SPRM akan mengambil keterangan Tengku Zafrul bagi membantu siasatan berhubung dana Jana Wibawa. - Fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan mengambil keterangan bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz bagi membantu siasatan berhubung dana Jana Wibawa.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan itu dilakukan selepas agensi berkenaan memanggil bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi keterangan berhubung siasatan sama.
"Pegawai penyiasat sedang memanggil mana-mana saksi yang boleh membantu dalam siasatan tersebut. Saya tidak menolak kemungkinan bekas Menteri Kewangan juga dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya di sini pada Ahad.
Azam mengesahkan SPRM telah memanggil Muhyiddin untuk memberi keterangan berhubung dana Jana Wibawa.
Sehubungan itu, Azam juga menyatakan pegawai penyiasat sedang memanggil mana-mana saksi yang boleh membantu dalam siasatan tersebut.
"Siasatan sedang giat dijalankan dan beberapa lagi saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya.
Terdahulu, Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah menerima bayaran sehingga RM300 juta daripada kontraktor di bawah projek Jana Wibawa dan menganggap tuduhan ke atas beliau sebagai tidak berasas.
Justeru, idea berkenaan datang daripada Tengku Zafrul kepada beliau dan bersetuju dibawakan kepada Kabinet untuk mendapat kelulusan.
Muhyiddin turut menegaskan beliau tidak mengenali mana-mana kontraktor itu dan pada masa itu, Kementerian Kewangan yang membawa masuk senarai kontraktor.
Dakwa beliau, nama-nama kontraktor itu adalah kontraktor yang mendapat kelulusan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bertaraf tiga hingga lima bintang, ada lebih kurang 54 syarikat.
Jelas Muhyiddin, sekiranya SPRM mahu maklumat lanjut, mereka boleh memanggil Menteri Kewangan pada masa beliau mentadbir negara.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan demikian selepas ditanya mengenai sesi soal siasat yang dijalankan oleh SPRM ke atasnya.
Kata beliau, ketika itu negara dilanda pandemik COVID-19 dan yang paling teruk terkesan adalah pihak-pihak kontraktor bumiputera yang amat memerlukan bantuan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM
#Jana Wibawa
#Muhyiddin Yassin
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan