KUALA LUMPUR: Selepas melakar nama sebagai atlet para negara pertama yang meraih pingat emas Sukan Komanwel, jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin kini memberi fokus sepenuhnya kepada usaha menambah koleksi emasnya pada Sukan Paralimpik 2024.
Jurulatih skuad powerlifting negara Jamil Adam berkata setelah kejayaan Bonnie meraih pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022, tumpuannya selepas ini adalah melatih badang para itu menghadapi Kejohanan Powerlifting Para 2023 di Dubai yang merupakan medan kelayakan ke temasya sukan di Paris itu.
"Lepas ni kita ada satu kejohanan penting dan ia merupakan piala dunia, jadi kita akan beri tumpuan kerana ia juga merupakan laluan kelayakan ranking untuk Paralimpik Paris dan juga segala kejohanan yang dianjur pada 2024.
Ini merupakan satu kejohanan yang wajib disertai dan kami akan buat aksi terbaik," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Jamil dalam pada itu turut optimis, atlet berusia 23 tahun itu turut mampu meraih emas sama ada pada Kejohanan Dunia di Dubai dan temasya Sukan Paralimpik di Paris nanti.
Sementara itu, Jamil turut menyifatkan kejayaan jaguh dunia dalam menggenggam emas itu amat bermakna apatah lagi ia seperti menebus kegagalan Bonnie sewaktu penyertaan sulungnya pada edisi 2018 temasya itu di Gold Coast, Australia yang menyaksikan beliau menamatkan saingan di tempat keempat.
Penampilan kedua atlet kelahiran Sarawak berkenaan pada Sukan Komanwel kali ini turut memecahkan rekod kejohanan.
Berkongsi mengenai persiapan sebelum ke Birmingham, Jamil turut memaklumkan Bonnie membuat persediaan rapi menjelang penampilannya di Birmingham demi memastikan emas dalam genggamannya kali ini.
"Beberapa bulan sebelum berangkat memang Bonnie fokus dan saya nampak dia berikan sepenuhnya usaha untuk latihan.
"Dengan prestasi yang dia tunjukkan, dan dia juga dapat emas di Kejohanan Para Powerlifting Terbuka Asia Oceania 2022 di Pyeongtaek, Korea Selatan Jun lepas, saya memang sudah jangka dia pasti dapat emas di sini (Birmingham)," katanya.
Pada Khamis, pembawa jalur gemilang di temasya berprestij itu menepati ramalan apabila menghadiahkan pingat emas keempat kontinjen negara ke Sukan Komanwel Birmingham dalam saingan di Pusat Pameran Nasional (NEC).
Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu mencipta rekod baharu temasya dalam kategori 72 kilogram (kg) dengan angkatan 220 kg.
Kejayaan itu menyaksikan beliau mengulangi pencapaian di Tokyo apabila mencipta sejarah muncul atlet powerlifting pertama negara memenangi emas dengan angkatan 228 kg yang juga merupakan rekod Paralimpik.
Bonnie sebelum itu turut meraih kejayaan membanggakan menerusi pencapaian memenangi dua gelaran Juara dunia pada 2019 di Kazakhstan dan 2021 di Georgia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Bonnie dapat melakar nama sebagai atlet para negara pertama yang meraih pingat emas Sukan Komanwel. - Bernama

Penstrukturan Batalion Rejimen Sempadan: Mampu beroperasi seperti RAMD, RRD - Panglima
Transformasi berkenaan adalah platform untuk menaik taraf aset-aset serta peralatan sedia ada di Rejimen Sempadan.

Kerajaan pertimbang bina kampus baharu UniKL di Kuala Lumpur - Mahdzir
Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Kuala Lumpur bagi menyokong misi pengantarabangsaan universiti berkenaan.

Ketua jabatan perlu pastikan urusan rasmi menggunakan bahasa Melayu - KPPA
Sebagai usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam, ketua jabatan hendaklah memastikan setiap urusan rasmi anjuran jabatan masing-masing menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Kepingan logam dipercayai serpihan roket China bebas radioaktif
Tiada unsur radioaktif dikesan pada kepingan logam dipercayai serpihan roket Long March 5B milik China yang ditemui di kebun kelapa sawit di Kampung Semawa Ulu, Pantu dekat sini pada Isnin.

Beri DOSM kuasa kira kos pengeluaran ayam - Annuar Musa
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, DOSM perlu diberikan kuasa bagi membolehkan mereka mengira kos pengeluaran di peringkat ladang bagi industri ayam.

Agensi kerajaan tertentu perlu kawal data edaran, bekalan
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, agensi kerajaan tertentu perlu mengawal data supaya pengedaran dan bekalan di dalam keadaan tersusun dan terkawal.

Kebenaran solat Jumaat sementara di 228 surau di Melaka ditamatkan
Esok merupakan Jumaat terakhir bagi surau-surau berkenaan mendirikan solat Jumaat.

Dekati pelajar, STEM tidak lagi membosankan
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) boleh menjadi bidang yang menyeronokkan, asalkan kena dengan cara serta pendekatannya.

Sewa premis perniagaan perlu diturunkan 10 ke 20 peratus - Annuar Musa
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pemilik premis perniagaan yang disewakan kepada peniaga kecil hendaklah menurunkan kadar minimum sewa sebanyak 10 ke 20 peratus.

Basmi Dadah | Kerjasama menyeluruh tingkatkan kesedaran awam
Kerjasama kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran dalam membasmi ancaman dadah dalam negara. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin, cabaran utama ketika ini adalah pengulangan dalam kalangan penagih.

Selepas raih emas di Komanwel, Bonnie kini fokus Paralimpik Paris 2024
Bonnie dapat melakar nama sebagai atlet para negara pertama yang meraih pingat emas Sukan Komanwel.

Sukan Komanwel: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Bonnie
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Birmingham 2022: Malaysia perlu dua lagi emas untuk capai sasaran
Selepas tamat hari ketujuh temasya, Malaysia kini berada di kedudukan ke-10.

Kejayaan Bonnie rangkul emas di Birmingham banggakan negara - Ismail Sabri
Menerusi catatan di Facebook, Ismail Sabri mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet powerlifting itu.

Bonnie tepati ramalan, raih emas keempat Malaysia di Birmingham
Atlet berusia 23 tahun itu mencipta sejarah muncul atlet pertama Malaysia memenangi acara tersebut di temasya sukan berkenaan.

Bonnie jangka atlet India, Nigeria pencabar utama di Birmingham
Bonnie menamakan atlet India, Haryana Sudhir dan Rolland Ezuruike dari Nigeria sebagai pencabar utamanya.

Sukan Komanwel: MPM optimis Bonnie gegar Birmingham
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum ini meletakkan sasaran tujuh emas untuk dibawa pulang kontinjen negara di Birmingham nanti.

Bonnie raih emas Kejohanan Terbuka Asia Oceania
Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila muncul juara Kejohanan Powerlifting Para Terbuka Asia Oceania 2022.

Bonnie Bunyau antara atlet Paralimpik terbaik dunia 2021
Pencapaian luar biasa buat atlet para negara Bonnie Bunyau Gustin pada 2021 ini.

Bonnie menang emas Powerlifting Para Dunia
Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat emas dalam kategori 72 kilogram (kg) pada Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia semalam.