Selepas kira-kira setahun tidak bertemu rakyat di Libaran, Tan Sri Musa Aman akhirnya turun ke kawasan untuk mengadakan program berbuka puasa sempena Ramadan.
Program yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung itu diadakan di perkarangan rumah beliau di Kampung Sungai Kayu, Sandakan, pada Ahad.
Dalam program itu, Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga turut menjelaskan faktor-faktor beliau tidak pulang ke Libaran sebelum ini.
Menurutnya, faktor utama adalah kerana menghadapi masalah kesihatan.
"Selain itu, saya juga menghadapi kes mahkamah di Kuala Lumpur," katanya ketika berucap dalam program berkenaan.
Ramai penduduk Libaran menghadiri program tersebut sehingga keadaan menjadi sesak termasuk laluan trafik ke rumah beliau.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu, Musa gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sabah.
Beliau kemudiannya berlepas ke London untuk beberapa bulan. Sekembalinya beliau ke Malaysia, Musa dikatakan tidak bertemu masyarakat Libaran.
Program ini merupakan program pertama beliau selepas sekian lama menyepi.
Radhi Muslim
Mon Jun 03 2019
Musa bertemu penduduk Libaran dalam program berbuka puasa yang diadakan di perkarangan rumahnya di Kampung Sungai Kayu, Sandakan. - Foto Astro AWANI
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Musa Aman syukur kes semakan rayuan sebagai Ketua Menteri diberi kebenaran mahkamah
Tan Sri Musa Aman bersyukur kes semakan rayuannya sebagai Ketua Menteri yang sah diberi kebenaran Mahkamah Persekutuan.
Selepas setahun menyepi, Musa Aman akhirnya turun kawasan
Selepas kira-kira setahun tidak bertemu rakyat di Libaran, Tan Sri Musa Aman akhirnya turun ke kawasan untuk mengadakan program berbuka puasa sempena Ramadan.
Akhirnya, Musa Aman pulang ke Sabah, angkat sumpah petang ini?
Lebih 1,000 penyokong Tan Sri Musa Aman menyambut kepulangan bekas ketua menteri itu yang tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 12.40 tengah hari tadi.
Musa Aman bukan tak mahu angkat sumpah tapi masih jalani rawatan - Peguam
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman membuat permohonan kepada Yang Di Pertua DUN, Datuk Syed Abbas Syed Ali supaya melanjutkan tempoh angkat sumpah beliau sebagai ADUN Sungai Sibuga.