NATIONAL
Selepas terima rawatan, Dr Siti Hasmah dibenarkan pulang
Dr Siti Hasmah sedang dipimpin keluar dari Prince Court Medical Centre hari ini. - Foto FB Adam Mukhriz
Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Beberapa imej yang dikongsi pegawai media sosial Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz Mohd Mahayeddin memaparkan Dr Siti Hasmah sedang dipimpin oleh beberapa individu selepas menerima rawatan selama dua hari di hospital swasta berkenaan.

Dr Siti Hasmah dimasukkan ke Prince Court Medical Centre di ibu negara selepas mengalami keracunan makanan ringan.