awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roberto Carlos stabil selepas jalani pembedahan jantung kecemasan
Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas tiga hari, mayat pendaki maut di puncak Gunung Yong Belar berjaya dibawa turun

Aida Aziz
Aida Aziz
19/05/2022
08:22 MYT
Selepas tiga hari, mayat pendaki maut di puncak Gunung Yong Belar berjaya dibawa turun
Operasi yang memasuki hari ketiga itu membabitkan seramai 23 anggota yang terdiri daripada pelbagai agensi. - Foto JBPM Perak
IPOH: Mayat seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia ketika mengikuti aktiviti mendaki di puncak Gunung Yong Belar Selasa lalu, berjaya diturunkan dengan helikopter di padang Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mayat mangsa berjaya diturunkan menggunakan helikopter unit udara JBPM pada jam 1.30 tengah hari tadi.
Katanya operasi yang memasuki hari ketiga itu membabitkan seramai 23 anggota yang terdiri daripada pelbagai agensi.
"Unit udara JBPM telah berlepas dari Padang Kem PGA Ulu Kinta serta membuat penyelamatan pada jam 9.22 pagi dengan bantuan unit Multi Skill Team (MUST) team, bagi menurunkan mangsa dari puncak gunung.
"Operasi hari ini membabitkan 23 anggota, termasuk pegawai, anggota MUST team, unit udara JBPM serta Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujar jurucakap itu lagi, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.
Semalam media melaporkan seorang pendaki warga emas meninggal dunia selepas dipercayai mengalami keletihan melampau di puncak Banjaran Titiwangsa, berhampiran Kem Kuali, Tanjung Rambutan dekat sini, Selasa lalu.
Lelaki berusia 66 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu dipercayai meninggal dunia jam 5 petang, namun usaha membawa mayatnya keluar hanya dapat digerakkan pada Khamis disebabkan faktor cuaca dan muka bumi mencabar.
Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pihaknya telah menyelaraskan operasi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak bagi menurunkan mayat lelaki itu.
Mior Faridalathrash berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Topic Berkaitan
#mayat pendaki
#Gunung Yong Belar
#Ipoh
#JBPM
#PGA
#warga emas
#Banjaran Titiwangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan