SANDAKAN: Jambatan gantung usang di Kampung Nelayan Tengah dekat sini ditutup sementara mulai hari ini sebagai langkah keselamatan.
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung itu dalam kenyataan di sini memaklumkan keputusan itu dibuat atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang memutuskan jambatan berusia lebih 30 tahun itu tidak selamat digunakan sebagai laluan pejalan kaki.
"Sehubungan itu, ahli JPKK di Kampung Pampang dan Kampung Nelayan Tengah perlu memaklumkan kepada penduduk kampung masing-masing tentang penutupan jambatan gantung berkenaan," menurut kenyataan itu.
BACA: Murid akui takut guna jambatan uzur, terbayang jatuh sungai ada buaya
Semalam, penduduk kampung bergoyong-royong menggantikan papan kayu yang disumbangkan oleh UMNO Bahagian Libaran, di laluan pejalan kaki di jambatan sepanjang kira-kira 150 m itu sebagai langkah sementara.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sungai Manila Isgau Abdullah pula berkata jurutera daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri bersama jurutera MPS dijangka membuat penilaian ke atas jambatan gantung itu esok bagi menentukan sama ada ia boleh dibaiki dengan kos RM100,000 yang telah dipohon dengan MPS atau perlu dibina semula dengan struktur lebih kukuh.
Jambatan gantung itu merentasi Sungai Batang menghubungkan Kampung Nelayan Tengah dengan Kampung Sibugal Besar, yang mempunyai sekolah, masjid dan kemudahan pengangkutan awam.
Tular gambar disiarkan Bernama pada Isnin lepas mengenai pelajar yang memulakan sesi persekolahan berdepan bahaya kerana terpaksa melalui jambatan tersebut untuk ke sekolah mengundang simpati warganet dan memohon pihak berwajib membaiki jambatan tersebut dengan kadar segera.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022

Tular gambar disiarkan Bernama pada Isnin lepas mengenai pelajar yang memulakan sesi persekolahan berdepan bahaya kerana terpaksa melalui jambatan tersebut untuk ke sekolah. - Gambar/ Bernama

10 Berita Pilihan - (28 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Mei 2022.

Kilang tilam terbakar di Seremban
Sebuah kilang tilam musnah 80 peratus dalam kebakaran di Jalan Jelebu di sini petang tadi.

Banduan terakhir lari dari Penjara Jelebu diberkas
Seorang lagi banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu bulan lepas berjaya ditahan di sebuah bengkel kenderaan di Assam Jawa, Kuala Selangor, Khamis lalu.

AWANI Ringkas: Wanita maut ketika selam skuba
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jenazah Datin Seri Feona selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jangan jadikan Malaysia 'syok sendiri' - Rafidah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mesyuarat Kabinet akan bincang isu harga siling ayam - Alexander
Persatuan mengemukakan cadangan, mewakili pihak industri untuk diketengahkan dalam mesyuarat di peringkat kerajaan.

Bekalan ikan negara mencukupi - Jabatan Perikanan
Bekalan ikan bagi keperluan dalam negara adalah mencukupi, namun apa yang berlaku pada masa ini disebabkan peningkatan permintaan akibat pembelian panik susulan laporan mengenai krisis makanan.

Remaja Thailand hilang dihanyut arus ditemui lemas
Mayat Kunabella Tuantue-ngoh, 15, ditemui sekitar jam 6.15 petang, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, semalam.

Selepas tular, jambatan daif laluan murid ke sekolah di Sandakan ditutup
Jambatan gantung usang di Kampung Nelayan Tengah dekat sini ditutup sementara mulai hari ini sebagai langkah keselamatan.