awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng zakat MAINS: Kertas siasatan dihantar TPR minggu depan

Bernama
Bernama
20/02/2023
09:50 MYT
Seleweng zakat MAINS: Kertas siasatan dihantar TPR minggu depan
Ahmad Dzaffir berkata ketika ini pihaknya masih melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah. - Gambar fail
SEREMBAN: Kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) selewat-lewatnya minggu depan.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata ketika ini pihaknya masih melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah.
"Siasatan masih dijalankan dan jumlah individu yang dipanggil untuk beri keterangan pula tidak dapat didedahkan lagi setakat ini," katanya kepada Bernama hari ini.
SPRM siasat dakwaan penyelewengan zakat MAINS sejak tahun 2019
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga boleh menganggu proses siasatan kes berkenaan.
Terdahulu, polis membuka siasatan kes itu di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan supaya menyalurkannya kepada pihak berkuasa.
Pada 13 Feb lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor mengesahkan kes berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan agensi berkenaan dikaji semula untuk melihat keterangan yang ada.
Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram mengenai laporan pecah amanah wang kutipan zakat melibatkan pegawai jabatan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seleweng zakat
#MAINS
#SPRM
#siasatan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan