awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan penyelewengan zakat MAINS: SPRM buka semula kertas siasatan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/02/2023
10:57 MYT
Dakwaan penyelewengan zakat MAINS: SPRM buka semula kertas siasatan
Hishamuddin memaklumkan, kertas siasatan kini dirujuk semula kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pihaknya diarahkan untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap isu berkenaan. - Foto fail/ SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd.
Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim memaklumkan, kertas siasatan dirujuk semula kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pihaknya diarahkan untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap isu berkenaan.
"Kes tersebut telah dikaji semula untuk melihat keterangan-keterangan yang ada.
"Kertas siasatan kini dirujuk semula kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan telah dikeluarkan untuk dijalankan siasatan lanjut terhadap isu berbangkit," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
BACA: Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Mengulas lanjut Hishamuddin memberitahu, kes berhubung dakwaan penyelewengan zakat membabitkan MAINS itu telah pun dibuka dan disiasat pada tahun 2019 dengan fokus kepada isu rasuah dan salah guna kuasa.
Sebelum ini, media melaporkan siasatan kes berkenaan sudah selesai dan SPRM tidak menemukan sebarang unsur jenayah rasuah mengikut Akta SPRM 2009.
Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dilaporkan meminta SPRM dan polis memaklumkan sekiranya ada tindakan diambil berhubung dakwaan penyelewengan itu.
Isu dakwaan penyelewengan dan pecah amanah di MAINS tular di media sosial yang turut mengaitkan beberapa pegawai MAINS yang terbabit dalam kutipan zakat jutaan ringgit.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
#zakat
#kertas siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan