awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seluar jean Levi's dari 1880-an dilelong pada harga AS$87,400

Bernama
Bernama
14/10/2022
02:23 MYT
Seluar jean Levi's dari 1880-an dilelong pada harga AS$87,400
Beberapa jean Levi's dari tahun yang sama diketahui masih wujud, tetapi kebanyakan dipamerkan di muzium dan dianggap tidak lagi boleh dipakai. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Sepasang seluar jean Levi's dari 1880-an yang ditemui di dalam lombong terbiar dilelong pada harga AS$87,400.
Seluar jean itu dijumpai di sebuah lombong terbiar di barat Amerika oleh ahli arkeologi denim Michael Harris dan dijual di Durango Vintage Festivus iaitu sambutan denim empat hari di pinggir Aztec, lapor United Press International (UPI).
Jean itu mempunyai butang buckleback dan dibeli oleh Kyle Hautner dan Zip Stevenson.
Hautner membayar 90 peratus daripada harga itu, manakala Stevenson menyumbang baki 10 peratus.
Stevenson yang memiliki dan mengendalikan kedai pembaikan Denim Doctors di Los Angeles berkata seluar itu adalah penemuan yang jarang berlaku.
"Seluar jean ini sangat jarang dijumpai -- terutamanya saiz dan keadaannya masih elok," UPI memetik katanya kepada CNN.
Stevenson berkata Harris telah meneliti sekurang-kurangnya 50 lombong terbiar selama lima tahun lalu dan tidak menemui sesuatu yang mempunyai kualiti sama.
Beberapa jean Levi's dari tahun yang sama diketahui masih wujud, tetapi kebanyakan dipamerkan di muzium dan dianggap tidak lagi boleh dipakai.
Beliau berkata seluar yang dilelong itu sebaliknya, boleh dipakai dengan melakukan sedikit pembaikan kecil.
Seluar jean itu kini disimpan di dalam peti deposit keselamatan berhampiran Denim Doctors dan boleh dilihat melalui janji temu.
Pemiliknya berharap dapat menjual seluar itu ke muzium untuk paparan umum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seluar jeans
#levi
#lombong terbiar
#Ahli Arkeologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan