awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seludup 165 ekor kambing dalam sebuah lori, dua lelaki ditahan

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
20/12/2019
09:53 MYT
Seludup 165 ekor kambing dalam sebuah lori, dua lelaki ditahan
Kambing-kambing yang disembunyikan oleh penyeludup dalam sebuah lori untuk dibawa ke negeri Selangor. - Gambar Astro AWANI
Helah penyeludup menyembunyikan 165 ekor kambing Boer dalam sebuah lori berjaya dihidu oleh pihak berkuasa anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) di sebuah stesen minyak di Chabang Empat, di sini, petang Khamis.
Menurut Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi, kambing-kambing yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM192,000 dan dipercayai untuk pasaran di negeri Selangor.
Beliau berkata, dua lelaki turut ditahan kerana disyaki menyeludup kambing berkenaan yang dibawa masuk menerusi sebuah pusat transit haram di Pengkalan Kubor.
"Rampasan dilakukan ketika anggota melakukan rondaan sebelum ternampak sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di stesen minyak di Chabang Empat.
"Anggota saya memperkenalkan diri, sebelum meminta dokumen pengenalan diri (suspek) dan permit berkaitan, namun didapati meragukan dan dipercayai digunakan untuk perjalanan yang tidak sah," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Beliau berkata, kambing-kambing yang dibawa masuk dalam kuantiti sedikit demi sedikit sebelum itu ditempatkan di kandang di Kampung Kubang Panjang sebelum dibawa ke destinasi yang ditetapkan.
"Semua rampasan terbabit diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan dan dua tahanan di bawa ke Balai Polis Chabang Empat untuk tindakan lanjut.
“Kesemua nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM272,000 termasuk kenderaan dan dua individu itu boleh ditahan atas kesalahan mengikut Sub Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 36(7) akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM15,000,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Batalion 7 Pasukan Gerakan Am
#Chabang Empat
#kambing boer
#Kelantan
#seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan