awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2026 buka lembaran baharu untuk Sabah terus maju - Hajiji
Pembantu kedai makan maut dilanggar pemandu kereta positif dadah
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seludup 3,000 telur penyu waktu Tarawih

Radhi Muslim
Radhi Muslim
18/04/2021
00:28 MYT
Seludup 3,000 telur penyu waktu Tarawih
Pemeriksaan dalam bot suspek pula berjaya menemui enam guni telur penyu dibahagian depan bot terbabit. - Astro AWANI
SANDAKAN: Seorang lelaki Filipina diberkas selepas dipercayai cuba menyeludup kira-kira 3,000 biji telur penyu dalam satu kejadian di perairan Nunuyan Darat, Sandakan, pada Sabtu malam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, suspek juga disyaki memilih masa solat Tarawih untuk menjalankan kegiatan berkenaan.
Pegawai Memerintah, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan, Superintendan Toipi Lamat berkata, sebelum kejadian sepasukan anggota Platun Tiger diketuai Inspektor Mohammad Halil Husairy Hussain sedang menjalankan rondaan laut sempena Op Benteng.
Menurutnya, anggota bertugas kemudiannya mengesan sebuah bot pam yang bergerak dengan laju serta mencurigakan menuju ke Kampung Nunuyan Darat.
Anggota bertugas kemudiannya memintas dan mengarahkan bot berkenaan untuk berhenti.
Bagaimanapun, bot pam itu yang dikemudi seorang lelaki enggan berhenti dan berlaku kejar-mengejar.
Bot pam itu kemudiannya berjaya dipintas dan suspek lelaki gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sebaik diminta.
Pemeriksaan dalam bot suspek pula berjaya menemui enam guni telur penyu dibahagian depan bot terbabit.
Lelaki itu juga disyaki membuang sejumlah telur penyu ke laut.
Hasil siasatan mendapati, suspek cuba menyeludup telur penyu itu dari Pulau Taganak, Filipina untuk pasaran bandar Sandakan.
Suspek turut memilih masa solat Tarawih kerana menyangkakan tiada petugas keselamatan bertugas pada masa tersebut.
Justeru, suspek diberkas dan kira-kira 3,000 biji telur penyu dirampas untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan Akta Imigresen 1959/63.
Topic Berkaitan
#telur penyu
#seludup
#tarawih
#Filipina
#Nunuyan Darat
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan