awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seludup migran: Hukuman penjara 8 tahun empat warga Indonesia kekal

Bernama
Bernama
06/01/2026
14:30 MYT
Seludup migran: Hukuman penjara 8 tahun empat warga Indonesia kekal
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara lapan tahun yang dijatuhkan ke atas empat warga Indonesia kerana menyeludup 29 migran ke Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara lapan tahun yang dijatuhkan ke atas empat warga Indonesia kerana menyeludup 29 migran ke Malaysia.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lapan tahun ke atas empat warga Indonesia yang menyeludup 29 migran ke Malaysia.
  • Keempat-empat tertuduh diarah menjalani hukuman sejak tarikh ditangkap pada 26 Januari 2023 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
  • Rayuan mereka ditolak pada 3 Januari lalu, menyebabkan hukuman dipertahankan setelah keempat-empat lelaki membawa kes ke Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Zali Saad, 46, Tengku Mohd Bashah Tengku Husin, 34, Adi Bastian Bustami, 50, dan Mohd Yusof Husin, 40, terhadap hukuman penjara mereka.
Wan Ahmad Farid, yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Collin Lawrence Sequerah, mengarahkan keempat-empat warga Indonesia menjalani hukuman daripada tarikh mereka ditangkap iaitu pada 26 Jan 2023.
Mereka telah mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Jun 2024 atas pertuduhan menyeludup kesemua migran menggunakan sebuah bot tidak berdaftar kira-kira 3.4 batu nautika dari Tanjung Rhu di Sepang, Selangor pada 10.30 malam 26 Jan 2023.
Rayuan mereka telah ditolak pada 3 Jan tahun lepas yang menyebabkan keempat-empat lelaki membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.
Mengikut fakta kes, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, yang menjalankan operasi di perairan Selat Melaka dan Negeri Sembilan telah terserempak dengan keempat-empat lelaki bersama dengan tiga warga Myanmar serta 26 warga Indonesia di atas sebuah bot ketika mereka cuba memasuki Malaysia secara haram.
Pada prosiding hari ini, peguam Collin Arvind Andrew memohon tempoh hukuman dikurangkan kepada tujuh tahun namun Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob berhujah bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak melakukan kekhilafan dalam keputusan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup migran
#warga Indonesia
#hukuman penjara
#Mahkamah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan